Tidak semua orang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan bernasib baik seperti yang dialami oleh seorang pelajar sekolah di Filipina yang terpaksa menggunakan daun pisang bagi dijadikan kertas buatnya menulis nota.
Kelakuan yang menyayat hati itu telah dikongsikan oleh seorang guru, Arcilyn Balbin Azarcon Lpt melalui laman Facebook yang memuat naik gambar pelajarnya sedang melakukan catatan nota dengan menggunakan daun pisang.
Menerusi ciapan guru berkenaan, situasi unik itu disedari dirinya selepas meminta pelajar di dalam kelasnya menulis nota yang telah ditulisnya di papan.
Namun, apa yang Hamka respect dengan pelajar itu, dia langsung tidak malu dengan nasib yang menimpanya malah dia tampil pula ke hadapan bagi meminta guru berkenaan memeriksa kertasnya.
Perkongsian itu kini tular di media sosial yang meraih 10,000 tanda suka dan telah mewujudkan perasaan hiba dan sedih kepada sesiapa yang membacanya.
Tindakan itu membuatkan guru itu berbangga malah memberi pesanan agar pelajar yang mempunyai buku nota sentiasa berusaha untuk mencatat nota dan bukannya sekadar ambil gambar.
Hamka pula berharap agar pelajar-pelajar di Malaysia sentiasa bersyukur dengan kemampuan yang ada kerana di luar sana lebih ramai sebenarnya memerlukan bantuan berbanding diri kita.