Debus Banten Ritual Uji Kekuatan Diri Masyarakat Banten Indonesia

Apa antara seni mempertahankan diri yang korang tahu? Silat? Taekwondo? Wushu? MuayThai? Mungkin ini antara seni mempertahankan diri yang biasa kita dengar.

Kali ini Abang Bob nak ceritakan sedikit satu seni mempertahankan diri yang diamalkan oleh masyarakat dekat Banten, Indonesia melalui ritual yang dipanggil Debus Banten.

Debus Banten ini merupakan satu ritual seni mempertahankan diri yang diamalkan oleh masyarakat dekat Banten bagi menonjolkan kemampuan luar biasa diaorang seperti kekebalan terhadap senjata tajam dan berbahaya.

Haaa..Hebat tak? Perkataan ‘debus’ tu sendiri dalah Bahasa Arab membawa maksud sejenis senjata tajam atau besi yang berbentuk runcing.

Dalam upacara tu, diaorang akan menggunakan peralatan tajam seperti besi atau pisau untuk melukakan diri sendiri. So please don’t try this at home ok.

Sepanjang upacara ritual tu dijalankan, orang ramai yang tengok ritual tersebut akan melaungkan ayat ‘tiada daya upaya melainkan kerana Tuhan semata’ sehinggalah ritual tu selesai.

Diaorang percaya, dengan laungan tersebut, pisau, parang atau peluru yang digunakan tidak akan melukakan tubuh mereka.

Lazimnya, ritual ni akan dilakukan oleh seorang ketua, beberapa orang tukang karut, pemain dan pemukul gendang. Kira-kira seminggu sebelum ritual ni dijalankan, pemain yang terlibat akan berpantang dahulu daripada melakukan perkara terlarang .

Antara perkara yang dilarang ialah seperti minum minuman keras, berjudi, mencuri dan tidur bersama isteri atau wanita lain. Ahaii!!

Peralatan yang digunakan dalam ritual ni pula ialah senjata-senjata tajam macam pisau, parang dan kaca untuk dimakan.

Diaorang juga akan guna periuk bertujuan untuk menggoreng telur di atas kepala! Masa ritual ni dijalankan, ketua adat akan menyanyikan beberapa buah lagu tradisional  dan berzikir. Tujuannya supaya semua yang terlibat akan dilindungi dan selamat daripada sebarang malapetaka.

Bila dah settle semuanya, satu persembahan pencak silat akan dijalankan dengan menggunakan peralatan tajam.

Masa tu laa diaorang akan cucuk badan diaorang dengan parang, makan kaca, pukul badan dengan besi. Tapi tak ada sorang pun yang akan tercedera.

Tapi, sepanjang ritual berbahaya tu dijalankan, diaorang perlu sentiasa membaca mantera supaya tubuh menjadi kebal daripada senjata tajam.

Walaupun ritual ni agak mengerikan dan keterlaluan, tapi ritual Dabus Banten ni tetap dilakukan oleh masyarakat lelaki kat sana untuk menunjukkan diri mereka kuat.

So, itulah serba sedikit cerita tentang ritual Dabus Banten ni. Korang jangan memandai pula nak pergi kunyah kaca nanti, kang tak pasal-pasal bocor pulak perut korang tu, Abang Bob tak nak bertanggungjawab. Kat bawah ni Bob sertakan sekali video tentang upacara ritual Dabus Banten. 

Raja Lepak

Read Previous

Jutawan tapi hidup macam gelandangan

Read Next

Guna daun pisang demi nota Matematik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *