Biar betik Rafflesia wujud di Pahang?

A pile of rocks

Description automatically generated
Kredit Gambar : farihanuzu.blogspot.com

Satu lagi sebab bagi Hamka kenapa Pahang mampu menjadi destinasi percutian yang cool buat anda!

Sebelum ini negeri Sabah terkenal kerana memiliki spesies bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia yang menjadi salah satu faktor tarikan pelancongan menarik di Sabah.

Namun, buat korang yang duduk di semenanjung kini hanya perlu ke Raub, Pahang untuk menyaksikan sendiri bunga Rafflesia yang tumbuh di Hutan Simpan Kekal Gunung Benom, terletak berhampiran Kompleks Rekreasi Lata Jarum.

Pengunjung boleh ke lokasi dengan cara berjalan kaki yang memakan masa kira-kira sejam atau jika korang nak lebih cepat, boleh menaiki pacuan empat roda.

A close up of a tree

Description automatically generated

Menurut sumber yang Hamka peroleh daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, terdapat 136 compartment yang digazet sebagai lokasi bunga itu tumbuh dengan jumlah keluasan 4.35 hektar.

Walau bagaimanapun, setakat ini hanya compartment 11 sahaja banyak mengeluarkan bunga yang menjadi lokasi utama dilawati pengunjung.

Yang menariknya di sini, terdapat dua jenis rafflesia di Raub iaitu spesis cantleyi dan azlanii namun tumbuh di lokasi hutan yang berbeza.

Spesis yang terkenal dan menjadi tarikan sekarang adalah cantleyi di Hutan Simpan Kekal Gunung Benom manakala satu lagi spesis azlanii pula boleh ditemui di Buntu.

A person sitting in a tree

Description automatically generated
Kredit Gambar : farihanuzu.blogspot.com
A person holding a sign

Description automatically generated
Kredit Gambar : farihanuzu.blogspot.com
A group of people posing for the camera

Description automatically generated
Kredit Gambar : farihanuzu.blogspot.com

Bagaimanapun, Hamka ada berita sedih sedikit nak bagitahu korang sebab hanya pengunjung yang bernasib baik akan dapat melihat ia dalam keadaan kembang penuh kerana bunga itu memakan masa kira-kira setahun untuk mengembang.

Jadi, jika korang yang berhajat nak pergi melihat bunga rafflesia kembang, Hamka sarankan telefon Pejabat Perhutanan Raub terlebih dahulu selain korang perlu proses permohonan permit untuk masuk ke kawasan tersebut.

Raja Lepak

Read Previous

Guna daun pisang demi nota Matematik

Read Next

Gadis Cantik Nak Jadi Alien Tak Pasal-Pasal Terus Buta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *