Wajib try! Nasi Lemak Tersedap Kat KL dan Selangor

Nasi lemak guys! Nasi lemak dengan masyarakat Malaysia memang tak dapat dipisahkan. Kau pergilah kat ceruk kampung mana sekali pun, nasi lemak tetap menjadi pilihan terutama ketika bersarapan. Terdapat pelbagai versi nasi lemak daripada yang murah sehinggalah yang mahal. So hari ni, min nak paparkan 10 tempat makan nasi lemak power yang korang boleh try kat sekitar KL. Check the result!

  • Nasi lemak Tangling (Taman Tasik Perdana)
Foto: TripAdvisor


Pernah dengar Nasi Lemak Tangling? Nasi lemak ni antara yang popular dan menjadi pilihan bagi kebanyakan penggemar nasi lemak. Nasi lemak yang diaorang hidangkan memang sangat best dan power sejak diperkenalkan pada tahun 1948. Kat sini korang boleh makan nasi lemak bersama lauk seperti sambal sotong dan juga paru goreng. Jom beb!

  • Nasi Lemak Mali’s Corner (Taman Bunga Raya)

Foto: foodadvisor.com


Lokasi ni berada kat sekitar Kawasan Wangsa Maju. Nasi Lemak Mali’s Corner ni selain nasi lemak dia yang dap dap, ayam goreng berempah dia juga padu beb. Ayam goreng berempah dia orang cakap rangup dan terasa. Biasanya orang datang kat Mali’s Corner ni sebab nak makan nasi lemak atau char kuey teow. Itu jer. So malam ni onz tak?

  • Nasi Lemak Wanjoi (Kampung Baru)
Foto: TripAdvisor


Kalau korang nak tahu, Nasi Lemak Wanjo kat Kampung Baru ni dah beroperasi sejak lebih 50 tahun lalu. Dulu orang-orang kat situ kenal nasi lemak ni dengan nama Nasi Lemak Mak Wanjo. Siapa tak kenal port makan terbaik kat Kampung Baru guys. Walaupun sesak, orang ramai tetap datang sebab nak memburu makanan sedap-sedap kat sini. Rasa sambal nasi lemak ni tak berapa pedas, sesuai untuk korang yang tak makan pedas. Turut dihidangkan ialah pelbagai jenis lauk-pauk yang memikat selera. Jom plan datang sini!

  • Nasi Lemak CT Garden (Kampung Baru)
Foto: timeout.com


Again kat Kampung Baru guys. Nasi Lemak CT Garden ni terletak betul-betul kat sebelah Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Menariknya, nasi lemak ni dihidangkan cara kampung, iaitu dengan menggunakan daun pisang dan juga kertas surat khabar. Korang boleh makan dengan pilihan aneka lauk-pauk yang sedap seperti rendang daging, telur puyuh bergedil, tempe goreng  dan macam-macam lagi. Let’s go!

  • Nasi Lemak Saleha (Taman Sri Rampa)
Foto: Zomato.com


Nasi Lemak Saleha ni asalnya dari Kampung Pandan, tapi sebab ia sangat popular, so diaorang pun buka cawangan kat Sri Rampai. Restoran ni memang terkenal dengan nasi lemak ayam rendang. Kalau korang mai pagi-pagi, korang akan dapat menikmati juadah sarapan lain seperti pulut kuning dan kuih-muih. Nak pergi roger min ok!

  • Nasi Lemak Antarabangsa (Kampung Baru)
Foto: bestfoodkl.com

Lagi sekali kat Kampung Baru. Nasi Lemak Antarabangsa ni antara yang popular kat KL. Kat sini korang juga boleh menikmati nasi lemak dengan pelbagai jenis lauk yang sedap. Selain kat Kampung Baru, Nasi Lemak Antarabangsa ni juga ada dibuka kat Bangsar, TTDI dan Kota Damansara.

  • R.A Nasi Lemak (Kampung Baru)
Foto: hungrygowhere.my


Lokasi dia berdekatan dengan Nasi Lemak Antarabangsa. Nasi lemak kat sini boleh tahan sedap. Hidangan kat sini pun dibuat secara layan diri, so korang boleh ambil seberapa banyak nasi lemak. Tapi korang kena beratur Panjang sikit laa guys sebab kat sini memang ramai orang datang. Benda sedap siapa yang tak suka yer dok?

  • Nasi Lemak Pak Hassan (Bandar Warisan)
Foto: eatout.kualalumpur


Kat Warung Pak Hassan ni orang cari 2 benda, iaitu nasi lemak ayam yang syedap dengan roti canai yang enak. Warung ni dah beroperasi sejak 70 tahun lalu. Lauk yang pelanggan suka kat sini ialah sambal sotong dengan ayam masak merah. 

  • Nasi Lemak Tepi Jalan 1996 (Cheras)
Foto: myopenrice.com

Lokasi dia terletak kat area Cheras. Paling popular kat sini ialah Nasi Lemak Lobster! Memang padu bhai walaupun harganya sedikit mahal. Tak salah mencuba.

  • Pak Omar Champion Nasi Lemak (Solaris Dutamas)

Lokasinya dekat Publika. Kat sini ada disediakan hidangan Nasi Lemak Jumbo untuk 3 hingga 4 orang makan. Korang boleh makan nasi lemak kat sini dengan hidangan lauk-pauk yang sedap seperti ayam berempah, rendang kambing, sayur kangkong, sambal sotong dan lain-lain lagi.

So korang yang suka sangat nasi lemak jangan lupa try okey nasi lemak sedap yang ada kat sekitar KL ni. Korang yang dok luar KL pun kalau datang jangan lupa singgah!

Raja Lepak

Read Previous

Hantu Pontianak Cina Jiangshi

Read Next

Penemuan rangka manusia yang menggemparkan dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *