Sekarang ni macam-macam kaedah yang korang boleh buat untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik. Sama ada korang boleh buat rawatan wajah macam facial dekat spa, cucuk sana cucuk sini, pakai produk kosmetik atau tak kurang juga korang boleh buat pembedahan plastic untuk repair muka korang tu. Ahakz! Min gurau jer, mulut memang lahar tapi hati min bahek..
Tak kurang juga orang zaman sekarang ni masih mengamalkan petua-petua lama untuk mengekalkan kecantikan. Contohnya makan jamu, mengurut dan sebagainya.
Kat sini min nak kongsikan dengan korang satu kaedah rawatan kecantikan unik yang dibuat dekat Thailand, iaitu rawatan menampar wajah untuk cantik. Ada ke yang berani nak cuba? Kalau korang nak tahu, teknik rawatan dengan cara menampar pada wajah itu merupakan kaedah untuk mencegah penuaan.
Pemilik sebuah kedai mengurut dekat Bangkok, Thailand dikenali sebagai Tata berkata, teknik menampar tu dah wujud kat negara dia sejak 100 tahun lalu tau!
Katanya lagi, teknik rawatan tersebut dilakukan bagi mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis kedut pada wajah.
Bukan itu jer tau, kalau korang melakukan teknik rawatan menampar wajah ni, diaorang akan memainkan lagu-lagu berirama rancak yang bertujuan untuk memberikan mood bertenaga kepada pelanggan.
Sambil mengikut gerakan muzik lagu tersebut, tukang tampar akan memulakan proses rawatan yang lazimnya memakan masa 10 hingga 15 minit sahaja.
Antara kawasan wajah yang akan diberi tumpuan ialah pada bahagian pipi, dagu dan dahi serta kening. Sebelum teknik tamparan dibuat, wajah korang akan diurut perlahan-lahan terlebih dahulu menggunakan jari. Idok laaa terkejut nanti. Iyer dak?
Tapi kalau korang nak tahu, teknik urutan menampar wajah ni tidak menggunakan tapak tangan, sebaliknya ia menggunakan bahagian belakang tapak tangan dan diikuti dengan beberapa gerakan jari.
Ramai pelanggan yang melihat pada awalnya berasa teknik rawatan tersebut akan membuatkan mereka berasa sakit, tapi lepas mencuba, pelanggan mengakui dapat merasakan perbezaan pada kulit wajah mereka. Korang boleh tengok video yang min bagi kat bawah ni.
Selain itu, Tata menambah bahawa teknik menampar wajah ni juga dapat membantu mengecilkan liang pori selain mampu menjadikan wajah seseorang kelihatan bujur sireh. Awww!
Nak tahu harga? AS$350 atau sekitar RM1,447 untuk setiap satu sesi rawatan. Murahnyer! Tiber. So untuk korang yang rasa tak mampu nak cuba rawatan menampar wajah ni, boleh jumpa min. Meh sini min tampar muka korang tu. Mana tahu esok lusa jadi cantic secantik Neelopah! Daaaa..!