Kebanyakan masyarakat kita mempunyai idea yang kreatif dan ada kalanya kita tidak jangka boleh “make sense”, menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian bukan sesuatu yang sukar. Terutama sekarang bahawa semua orang belajar untuk menggunakan kata-kata Bahasa Inggeris dalam aktiviti harian. Tetapi selalunya penggunaan bahasa Inggeris juga boleh menjadi lucu dan bahan ketawa.
Malah, kadang-kadang, dalam penggunaan bahasa Inggeris, banyak kebetulan lucu muncul yang mana sebutannya berbunyi seperti Bahasa Malaysia. Salah satu daripadanya adalah sebutan frasa Bahasa Inggeris yang berbunyi seperti nama makanan yang mungkin akan buat korang fikir masuk akal jugak.
Dipetik daripada Liputan6.com, Raja Lepak nak share dengan korang frasa bahasa Inggeris yang lucu dan berbunyi seperti nama makanan.
1. Makanan kesukaan Upin Ipin
Kita tahu kan yang makanan signifikan dengan kartun Upin Ipin adalah ayam goreng, tapi kalau dalam frasa Bahasa Inggeris pula agak-agak macam mana? Haaaa ini dia
2. Kalau time raya menu ni antara yang popular
Kalau pergi beraya kat rumah orang selalunya selain rendang, lemang menu ini juga sering dihidangkan. Haaa dia berkuah sup, ada nasi himpit, ada soon goreng, kacang, lada kicap, ayam carik.. haaaaa rasa-rasa apa makanan dia.. haaa Soto lah… kalau dalam Bahasa Inggeris jadinya….
3. Ini adik beradik “Show To”
Ini menu popular dari Indonesia. Banyak di jual di Malaysia, bezanya dengan Show To adalah dia ada bebola daging.. yang biasa, mercun, beranak, cheese, semua adalah. Nak mee, bihun atau kue teow semua boleh.., tahu kan apa nama dia.. Bakso lah, kalau dalam Bahasa Inggeris jadi macam ni…
4. Nama makanan ni semua negeri ada tapi beza rupa
Haaa.. korang tahu kan satu makanan berkuah kalau semua negeri panggil nama sama tapi lauknya berbeza. Dari Selatan, Utara, Pantai Timur, Sabah, Sarawak semua ada lauk nama ni.. yang menjadi persamaannya lauk ni kat semua negeri guna ayam, santan dan cili. Hehehe apa dia tu… hehehe.. Gulai Ayam lah.. Kalau frasa Bahasa Inggeris dia Go Lay I Am.
So korang.. make sense tak? Haaa kalau korang ada idea lebih bernas dengan frasa Bahasa Inggeris yang bunyi macam nama makanan boleh lah share kat komen bawah min nak cabar minda millennial yang kreatif tu…