Korang dah baca 3 Hantu Popular Jepun Menghantui Tandas Siri 1 belum? Kat bawah ni min bagi sambungan 3 lagi hantu popular kat Jepun yang suka sangat duduk kat tandas. Jom baca!
- Aka Manto
Aka Manto atau bermaksud Jubah Merah merupakan cerita hantu Jepun yang mengisahkan tentang roh dengan niat yang jahat.
Aka Manto dikatakan suka tinggal di dalam tanda sekolah dan akan meminta pengguna tandas untuk memilih sama ada jubah merah atau biru.
Aka Manto sering digambarkan sebagai makhluk menyerupai lelaki yang sangat kacak. Semasa hayatnya, Aka Manto sentiasa diburu para wanita yang tergila-gilakan wajahnya yang kacak.
Oleh sebab itu, Aka Manto sering memakai topeng untuk menyembunyikan wajahnya itu. Mengikut kisah, jika seseorang itu duduk di dalam tandas yang terkahir, satu suara misteri akan meminta untuk memilik jubah merah atau biru.
Jika mangsanya memilih jubah merah, kulit pada bahagian belakangnya akan disiat untuk menyerupai jubah merah.
Jika memilih jubah biru, Semua darah akan mengalir keluar daripada tubuh mangsanya.
Terdapat satu lagi versi yang mengatakan bahawa jika mangsanya meminta jubah berwarna kuning. Kepala mereka akan ditolak ke dalam tandas yang baru sahaja mereka gunakan.
- Akai Kami Aoi Kami
Sama seperti Aka Manto, hantu Akai Kami Aoi Kami yang bermaksud kertas merah kertas biru juga menakutkan mangsanya dengan suara ghaib.
Dalam kisah hantu Akai Kami Aoi Kami ini, dia akan meminta mangsanya untuk memilik sama ada kertas biru atau kertas merah.
Bagaimanapun, kedua-dua pilihan tersebut tidak memberikan kesudahan yang baik.
Dalam beberapa kisah, jika korang memilih kertas biru, maka korang akan dicekik sampai mati dan badan korang akan bertukar menjadi biru.
Kalau memilih kertas merah pula, leher mangsa akan ditoreh dan kulitnya akan disiat-siat.
Bagaimanapun, jika mangsanya menjawab apa-apa warna selain daripada warna merah atau biru, mangsa akan terus diseret ke neraka.
Menurut cerita, jawapan terbaik yang boleh diberikan adakan dengan menjawab kertas kuning, kerana mangsa hanya akan dicurahkan dengan air kencing sahaja di atas kepalanya.
- Reiko Kashima
Reiko Kashima adalah sebuah cerita legenda seram Jepun tentang hantu wanita tanpa kaki yang menghuni tandas sekolah.
Reiko Kashima pada asalnya adalah seorang wanita yang tinggal di Hokkaido, Jepun. Pada suatu hari, Reiko telah diserang oleh sekumpulan lelaki dan dipukul dengan teruk sehingga mati.
Walaupun dia telah meminta bantuan, namun tiada siapa yang peduli tentangnya. Reiko Kashima akhirnya merangkak seorang diri sebelum dia pengsan di sebatang landasan kereta api.
Malang terjadi apabila semasa Reiko Kashima pengsan, sebuah kereta api telah melalui landasan tersebut dan melanggarnya sehingga mati. Kematian Reioko Kashima sungguh dahsyat apabila tubuhnya terputus dua daripada aras pinggang.
Selepas kematiannya, Reiko telah menjadi hantu yang berdendam dan mencari kakinya yang hilang.
Mangsa Reiko selalunya akan terserempak dengannya di dalam tandas sekolah selain di mana-mana tandas pada waktu tengah malam.
Dikatakan bahawa, jika seseorang terdengar tentang Reiko Kashima, hantu tersebut akan muncul di dalam tandas di tempat mangsanya selama sebulan. Serammmm.
So itulah dia sambungan 3 hantu popular jepun yang menghuni dalam tandas. Korang ada ke yang takut pergi tandas tengah-tengah malam? Pastikan korang pergi berteman yer..kalau tak….Bye!