Lokasi asam pedas umphh luar Melaka dan Johor

Image result for asam pedas
Kredit: keluarga.my

Kalau sebut pasal Asam Pedas pastinya korang akan terus fikirkan negeri Johor dan Melaka kan. Sememangnya sudah sejak azali dua lokasi ini merupakan tempat di mana sajian ini berasal. Bagaimanapun kalau craving nak makan masak asam kita semestinya takkan nak kene turun ke Melaka atau Johor kan meskipun kat sana memang masakan dia padu dan pior.

Image result for eat asam pedas

So Raja Lepak ada risik-risik few tempat selain Melaka dan Johor yang mana kitab oleh dapat makan masak asam yang padu dan ori. Ini berdasarkan rekomendasi online dan juga lokasi yang min pun pernah pergi dan try. Sememangnya korang kene cuba, try, test hahahaha.. ok lah tak nak bebel panjang so baca lah list ni;

1. Restoran Tempayan Sungai Buloh

Image result for Restoran Tempayan Sungai Buloh
Kredit: yoursupermom.net

Dengar cerita restoran ini menghidangkan sajian Masak Asam Kepala ikan yang padu. Restoran Tempayan menjadi tumpuan apabila tiba waktu makan tengah hari. Menjadi pilihan pekerja di kawasan terdekat dan juga suri rumah. Selain masak asam restoran ini juga menghidangkan aneka pilihan masakan kampung. 

2. Asam Pedas Kasih Ibu, Port Dickson

Image result for Asam Pedas Kasih Ibu, Port Dickson
Kredit: jmr23.com

Berdasarkan portal myselera.com Lokasi Restoran Asam Pedas Kasih Ibu sangat strategik dan senang dicari. Waktu puncak ialah waktu makan tengah hari. Pelbagai aneka lauk pauk disediakan seperti asam pedas, ayam goreng, paru berlado, ikan keli sambal, kari daging dan macam-macam lagi.

Set Asam Pedas Kasih Ibu yang sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Ada asam pedas ikan kembung, ada asam pedas pari, ada asam pedas jenahak dan asam pedas ikan merah.

Tips menjamu selera di sini, datang sebelum waktu puncak atau selepas waktu puncak. Kalau tidak, sila menunggu giliran anda untuk mendapat tempat.

3. Asam Pedas Sejati Melaka

Image result for Asam Pedas Sejati Melaka
Kredit: mycomments.com

Berlokasi di Kuala Lumpur, Asam Pedas Sejati Melaka merupakan lokasi yang anda boleh kunjungi untuk mendapatkan sajian Asam Pedas Melaka yang enak dan padu. Kalau anda ke sini semestinya menu utama mereka adalah asam pedas dan setiap kali waktu puncak lokasi ini akan dipenuhi dengan pengunjung yang datang untuk menikmati keaslian rasa asam pedas di sini.

4. Restoran Asam Pedas Kampung Baru

C:\Users\Nazreen\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.MSO\5081C505.tmp

Kalau nak dinner Asam Pedas moleklah kiranya ke sini, Restoran Asam Pedas Kampung Baru merupakn lokasi ideal untuk anda mendapatkan asam pedas ori kalau anda tiba-tiba craving nak lauk asal melaka tu pada waktu tengah malam. Di sini anda bukan sahaja boleh dapat asam pedas yang matap tetapi makanan lain seperti goreng panas juga tidak kurang enaknya.

5. Restoran Asam Pedas Pandan Jaya

Image result for Restoran Asam Pedas Pandan Jaya

Kalau ke Pandan Jaya singgah lah ke Restoran Asam Pedas Pandan Jaya. Di sini masakan masak asam pedas dia memang pure rasa ori macam masakan kampung. Selain asam pedas ada juga makanan kampung lain yang enak dan menambat selera. Difahamkan kat sini harganya juga amat berpatutan dan layan staffnya sangat tip top.

Haaa macam mana guys, min dah kecur air liur dok terbayang asam pedas ni. So macam biasa kalau korang ada any suggestion leh sajo muatkan dalam ruangan komen so nanti leh la min buat research dan kongsi dengan korang semua. Hehehehe ok lah min nk pergi makan asam pedas dulu…..

Raja Lepak

Read Previous

Himpunan Kisah kebetulan yang Aneh dunia (Part 1)

Read Next

Himpunan Kisah Kebetulan Yang Aneh di Dunia (Part 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *