Food Delivery Service atau servis penghantaran makanan merupakan trend gaya hidup masyarakat hari ini terutama buat mereka yang tinggal di sekitar Kelana Jaya. Bukan sahaja memudahkan urusan harian malah semua jenis makanan boleh dipilih hanya dihujung jari.
Melihat kepada permintaan tinggi terhadap perkhidmatan ini di samping menjadi platform untuk anak muda menjana pendapatan (sebagai rider) makanya hari ini kita dapat lihat banyak syarikat yang menempatkan perkhidmatan Food Delivery Service di Malaysia khususnya.
Memanfaatkan trend Food Delivery Service dalam pada masa sama merencana usaha untuk memajukan golongan B40, dua anak muda, selebriti dan pelawak, Fikri Ibrahim dan produser filem, Dato’ Khairil Muzamil memperkenalkan aplikasi perkhidmatan Food Delivery Service, Go Eat baru-baru ini.
Menurut Fikri, Go Eat merupakan satu aplikasi digital keluaran sulung oleh satu syarikat bumiputera Malaysia, Go Eat Sdn Bhd.
“Aplikasi ini mula dibangunkan pada pertengahan tahun 2019 dan diterajui oleh Dato’ Khairil Muzamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pada Sabtu, 18 Januari 2020. Aplikasi ini telah siap 100% dan dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang meraikan 200 tetamu jemputan dari seluruh negara.
“Aplikasi digital Go Eat ini merupakan aplikasi servis penghantaran makanan yang pertama dibangunkan oleh anak tempatan di Malaysia. Dibarisi oleh keseluruhan anak-anak tempatan yang menjadi tulang belakang pengurusannya,” katanya pada Majlis Pelancaran Go Eat di Damansara baru-baru ini.
Tambahnya, Go Eat tampil gah dengan warna tema Hitam dan Kuning melambangkan imej produk dan hasil tangan rakyat Malaysia.
Sementara itu, Dato’ Khairil menjelaskan aplikasi Go Eat juga menyediakan ribuan peluang pekerjaan dalam sektor logistik, makanan dan minuman serta perniagaan dari rumah iaitu “home-cooked”.
“Aplikasi ini sememangnya merupakan satu ciptaan anak tempatan yang mampu menghasilkan 8000 ke 10,000 peluang pekerjaan serta membuka peluang perniagaan luas kepada masyarakat di seluruh Malaysia.
“Aplikasi ini juga dibuat bertujuan bagi meningkatkan kompetensi anak muda Malaysia untuk bersaing di peringkat global serta membawa nama Malaysia sejajar dengan kemajuan negara lain di mata dunia,” jelasnya.
Aplikasi Go Eat boleh di muat-turun di kedua-dua platfom iaitu Android Playstore dan IOS Appstore bermula 18 Januari 2020.
Menggunakan pendekatan aplikasi mesra pengguna, Go Eat menyasarkan jumlah muat turun sehingga mencecah 1,000,000 pengguna dalam tempoh 6 bulan operasi.
Tambah Dato’ Khairil lagi, terdapat beberapa plan pembangunan aplikasi digital yang lain akan dibangunkan selepas ini dan ianya berkait rapat dengan Go Eat.
“Hadir ke pasaran digital bersama slogan “Lets Go Eat”, aplikasi ini dilihat mampu mencabar kedudukan aplikasi digital yang sedia ada.
“Terima kasih kepada pihak media khususnya dalam memberi liputan dan ruang bicara yang positif terhadap Go Eat, Dari Malaysia untuk orang Malaysia,” ujarnya.
Apa kata Raja Lepak: So guys apa yang menarik untuk aplikasi ini adalah kelebihan kepada opsyen untuk kita mendapatkan makanan home-cook. Matlamat ini sangat membantu terutama suri rumah atau golongan B40 untuk menjana pendapatan pada masa sama menambah opsyen menu selain makanan dari kedai sahaja. Haaa kalau rindu masakan kampung air tangan tua boleh lah order homecook daripada vendor mak cik-mak cik. Ok nanti kita akan try apps ni macam mana yer.