Asyik bercerita tentang kisah seram luar negara je kan, ada yang cakap kenapa dah kat Malaysia tak ada kisah seram ke? Ok lah sebabkan ada orang nak story seram tempatan kali ini so aku nak kongsilah dengan korang satu kisah pasal hotel yang berhantu kat Malaysia.
Tahu pasal Casuarina Inn, sebuah hotel yang ditinggalkan dan menjadi sarang hantu-hantu di Taiping, Perak? Yer tiba-tiba nama hotel ni naik balik sebab banyak portal yang ceritakan kisah seram pasal tempat ini.
Oklah min pun nak kongsi jugak dengan korang mengikut versi yang min dapat lah pasal Casuarina Inn. Sebelum tu, bagi yang belum tahu pasal Casuarina Inn ni, berdasarkan laman portal orangperak.com, Casuarina Inn yang sebenarnya berfungsi sebagai rumah rehat untuk kegunaan pegawai British sewaktu mereka menjajah Tanah Melayu pada satu ketika dahulu sebelum kita menyambut kemerdekaan.
Tidak ketinggalan juga, ia pernah digunakan sebagai kem dan dorm untuk tentera British merehatkan diri dan tempat tinggal mereka buat sementara waktu. Kemudian bangunan asal Casuarina Inn ditinggalkan kosong bertahun lamanya.
Pada 12 September 1972, kerajaan negeri Perak telah mengambil alih setelah ianya ditinggalkan pihak British dan dijadikan sebagai sebuah hotel budget untuk kegunaan dan kemudahan orang awam serta pelancong.
Upacara perasmian rumah rehat Taiping ini dilakukan oleh Almarhum Sultan Idris Shah dan dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Namanya kemudian ditukar kepada Casuarina Inn Taiping sepertimana ianya dipanggil hari ini dan dirasmikan oleh Mantan Menteri Besar Perak, Tajol Rosli pada 20 Mei 2000.
Hotel budget yang dibangunkan dari pengambil-alihan ini mempunyai 24 bilik standard dan 2 bilik untuk keluarga. Bagaimanapun, hotel itu telah ditutup pada sekitar bulan Disember 2010 kerana dikatakan pihak pengurusan tidak menampung lagi kos pengurusan.
Namun, banyak khabar berlalu yang mengatakan bahawa penutupan Casuarina Inn berpunca daripada pelbagai kejadian mistik yang berlaku sehingga menyebabkan orang ramai takut untuk menginap di situ.
Banyak juga perkongsian yang dibuat oleh Warga Net yang ratanya pernah mendengar kisah seram tentang hotel berkenaan malah, ada yang mengalaminya sendiri semasa tinggal di sana suatu ketika dahulu.
Ada kisah yang menceritakan, tentang seorang pengunjung yang datang menginap di situ. Kisahnya ketika berada di Casuarina Inn dia mendapat pelbagai gangguan seperti bunyi perabot beralih di tingkat atas, bayangan seseorang di balik langsir tingkap malah pintu diketuk ketika dia sedang tidur.
Ketika itu dia menganggap gangguan berkenaan sekadar perkara biasa, mungkin ada tetamu lain atau ada budak-budak tersalah ketuk pintu. Sehingga pada malam kedua gangguan paling hebat apabila dia dialihkan ke luar bilik ketika tidur.
Kiranya malam tidur dalam bilik tetapi esoknya setelah sedar sudah berada di luar dengan barang-barang yang bersepah seperti di campak keluar. Uihhh seram bila bayangkan. Siapalah yang alihkan pengunjung ni. Kiranya bukan hanya terjadi kat pengunjung ini sahaja. Banyak pihak menceritakan perkara yang sama. Lebih teruk ada yang terkena gangguan seperti lampu dipadam ketika mandi malah kipas lampu yang terpasang meskipun pada awalnya pengunjung percaya sudah menutupnya sebelum keluar.
Ada juga kisah seram di hotel ini yang diceritakan oleh bekas kakitangan yang mana mereka juga sering diganggu oleh entiti yang disebut sebagai penunggu hotel berkenaan. Kisahnya, gangguan kepada kakitangan lebih dahsyat, kalau bunyi loceng di lobi perkara biasa tetapi ada juga pelanggan yang datang bukan pelanggan sebenar tetapi katanya jelmaan hantu. Ini disedari selepas pelanggan sebenar menelefon kembali bahawa terpaksa membatalkan tempahan padahal awal tadi pelanggan itu sudah check in.
Tukang Housekeeping juga mengalami pengalaman negeri apabilal habis barang-barang mengemas disepahkan malah, ada yang melihat penampakkan di balik langsir pagi seperti bayang hitam. Uihh bayangkan pun dah seram.
Itu antara banyak cerita yang disampaikan jadinya guys korang rasa ada teringin nak lawat Casuarina Inn? Kalau berani pergilah try nnt kongsi dengan min yer.