Bersempena pelancaran FuelCell SC Elite v5, acara tahunan ‘Run Your Way’ Pop-Up kembali lagi bagi meraikan setiap langkah anda tak kira beginner yang baru berjinak-jinak dengan dunia larian atau yang sedang berlatih untuk maraton seterusnya.
‘Run Your Way’ Pop-Up ini akan berlangsung di Heritage Valley Kuala Lumpur dari 7 hingga 17 Ogos 2025 dan dibuka kepada semua individu untuk menginspirasikan, memperkasakan dan menyatukan komuniti pelari tempatan.
Di sini, anda berpeluang untuk mencuba FuelCell SC Elite v5, kasut yang direka semula sepenuhnya khas untuk anda yang ingin mencatat masa maraton terbaik.
FuelCell SC Elite v5: Gabungan Teknologi & Prestasi
Ringan dan dengan rekaan teknologi terkini, FuelCell SC Elite v5 menawarkan pengalaman larian bertaraf profesional yang turut direka khas untuk mereka yang ingin memecahkan rekod peribadi.
Dalam pada itu, FuelCell SC Elite v5 akan dilancarkan pada 7 Ogos 2025 di mana orang ramai boleh mencuba kasut ini serta membelinya di acara ‘Run Your Way’ Pop-Up. Kasut ini juga boleh didapati di semua kedai New Balance di seluruh negara.
Tak cukup dengan itu, pembeli juga akan menerima sepasang Pro Run Socks bernilai RM89 secara percuma atas setiap pembelian.
Selain FuelCell SC Elite v5, orang ramai juga boleh mencuba beberapa model prestasi lain sepanjang acara ‘Run Your Way’ Pop-Up, termasuk:
- FuelCell Rebel v5
- FuelCell SuperComp Pacer v2
- FuelCell SuperComp Trainer v3
- Fresh Foam X 1080v14
Sementara itu, untuk membantu pelari mendapatkan padanan terbaik, acara ini turut menampilkan Stride I.D., teknologi imbasan kaki terkini yang memberikan cadangan kasut berdasarkan profil unik setiap individu.
‘Run Your Way’ Pop-Up: Ruang Untuk Semua Pace
Selain memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat ujian kasut, ‘Run Your Way’ turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik khas untuk memberi inspirasi dan pengalaman peribadi kepada pelari. Antaranya:
- ‘A Better You’ Quest: Aktiviti digital interaktif. Buat cabaran, kumpul point dan tebus barang eksklusif New Balance
- Stesen ‘Letter to Future You’: Tulis mesej untuk diri sendiri yang akan dihantar semula kepada anda beberapa bulan kemudian sebagai reminder seberapa jauh anda telah melangkah.
- Runners Talk Sessions: Tiga sesi talk bersama panel yang akan menampilkan atlet tempatan, pelari harian dan pemimpin komuniti. Sesi ini akan menyentuh pelbagai topik, termasuk disiplin atlet elit hinggalah bagaimana untuk mulakan larian. Sesi penuh inspirasi ini percuma dan terbuka kepada semua orang.
Sesi Runners Talk direka khas untuk mencetuskan perbualan dalam kalangan semua kategori pelari, di mana sesi ini akan merangkumi pelbagai topik termasuk langkah pertama hinggalah ke cabaran menamatkan maraton termasuk membongkar realiti sebenar di sebalik kejayaan Orang ramai boleh menyertai sesi Runners Talk melalui pendaftaran (sangat digalakkan).
Rehat, Relax dan Make It Yours
Selepas berlari, ambil masa untuk recharge dan personalisasikan pengalaman anda. Dapatkan khidmat sulaman khas untuk barangan yang dibeli di acara ‘Run Your Way’ Pop-Up untuk beri sentuhan unik pada pakaian atau aksesori anda. Anda kemudian boleh bersantai di Run Cafe, kerjasama bersama Laiyan KL dan bersantai bersama pelari sambil menikmati kopi serta snek ringan.
Untuk anda yang nak reset dan recover, singgah ke Recovery Zone (ditaja oleh F1 Recreation) yang dilengkapi dengan peralatan pemulihan dan rawatan otot.
Mulakan Langkah Anda Di Sini
Sama ada anda ingin mencuba kasut baru, berhubung dengan komuniti pelari atau sekadar memulakan langkah pertama dalam perjalanan larian anda, ‘Run Your Way’ Pop-Up adalah titik permulaan anda.
📍 Lokasi: Heritage Valley, Kuala Lumpur
📅 Tarikh: 7 – 17 Ogos 2025
⏰ Masa:
• Hari Biasa: 1.00PM – 10.00PM
• Hujung Minggu: 7.00AM – 7.00PM
Jangan lupa tag kami di @newbalancerunning dan gunakan hashtag #NewBalanceMY #RunYourWay
Untuk maklumat lanjut termasuk jadual penuh acara dan info pendaftaran, sila layari pautan di sini.
*Selagi stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.