Taobao Kini Dalam Bahasa Inggeris Di Malaysia

Akhirnya rakyat Malaysia boleh menggunakan aplikasi Taobao dengan mudah! Taobao adalah platform e-dagang yang terbesar berasal di China dan menawarkan harga yang murah. Mulanya, Taobao hanya menyediakan satu bahasa iaitu Mandarin. Pada 12 September 2024, Taobao telah melancarkan antara muka bahasa Inggeris beta yang pertama di Malaysia. 

Kenapa Malaysia? Menurut Indeks Kecekapan Bahasa Inggeris EF (EF EPI) 20231, Malaysia menduduki tempat ketiga di Asia selepas Singapura dan Filipina. Ini dapat menekankan potensi besar bagi Taobao untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada keperluan pengguna yang bertutur dalam bahasa Inggeris.

Tujuan ini untuk memudahkan rakyat tempatan untuk membeli-belah dengan selesa, memastikan komunikasi yang cekap antara pengguna dan platform dan juga membuka pintu kepada orang ramai di Malaysia. 

“Kami berasa teruja untuk menyediakan platform yang memenuhi keperluan pelbagai pelanggan Malaysia. Inisiatif ini didorong oleh permintaan kukuh yang kami perhatikan daripada pengguna tempatan, dan kami percaya usaha ini akan meningkatkan pengalaman beli-belah mereka dengan meminimumkan halangan bahasa.” kata Jess Lew, Pengurus Negara bagi Tmall Taobao World Malaysia. 

Selain itu, Taobao juga menawarkan anggaran penukaran harga dalam Ringgit Malaysia (RM) untuk memudahkan pengguna rakyat tempatan. Jadi kita dah tak perlu susah-susah dah convert kepada RM secara manual! 

Sempena pelancaran ini, rakyat Malaysia boleh membeli-belah menerusi aplikasi Taobao untuk menikmati manfaat masa yang terhad seperti:

  • Penghantaran Udara percuma untuk pembelian item fesyen melebihi RMB199
  • Faedah Pengguna Baharu bernilai RMB65
  • Pulangan percuma untuk pesanan pertama
  • Khidmat Pelanggan Dwibahasa

Pengguna Malaysia boleh menggunakan debit/kredit, dompet elektronik, perbankan dalam talian, dan pilihan ansuran kad kredit untuk pembayaran. Mudah kan!

Dapatkan maklumat lanjut tentang promosi jualan terkini di platform dengan ikuti media sosial di Instagram, Facebook dan TikTok. Anda juga boleh muat turun aplikasi Taobao di Apple App Store atau Google Play store secara percuma.

Raja Lepak

Read Previous

Ketiak Bau Hangit! Jangan Salahkan Deodoran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *