Demam UEFA EURO 2024™ Di Lazada!

Siapa kata UEFA EURO 2024™ hanya untuk peminat bola? Siapa yang minat boleh terus layan, yang lain boleh penuhkan shopping cart kat Lazada! 

Lazada umumkan perkongsian rasminya dengan UEFA EURO 2024™, yang menjadikannya rakan kongsi eDagang Asia Tenggara yang pertama bagi acara bola sepak yang paling dinanti-nantikan dan berlangsung di Jerman. Perkongsian eksklusif ini merupakan sebahagian daripada perjanjian sedia ada yang dimiliki oleh platform eDagang B2C AliExpress bersama UEFA EURO 2024™.

Sempena perkongsian ini, Lazada menjemput peminat bola sepak dan pengguna dalam talian untuk menikmati diskaun dan tawaran luar biasa yang ditawarkan semasa All-Star Champions Sale dari 1 hingga 3 Julai 2024. Untuk menambah kelainan yang lebih menyeronokkan pada kempen ini, Lazada juga akan mengeluarkan baju tidur jersi (PJs) edisi terhad, yang boleh dimenangi melalui pertandingan interaktif di media sosial, di samping banyak lagi hadiah yang menarik.

“Lazada berbangga menjadi rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Selaras dengan komitmen kami untuk meningkatkan kehidupan pelanggan kami dengan menyampaikan pengalaman yang bermakna, kami sangat teruja untuk menawarkan tawaran menarik, permainan interaktif dan pertandingan kepada peminat bola sepak dan pembeli dalam talian melalui perkongsian ini,” kata Marcus Chew, Ketua Pegawai Pemasaran, Kumpulan Lazada.

Dapatkan tawaran yang hebat semasa All-Star Champion Sales Lazada

Bermula dari 1 Julai hingga 3 Julai 2024, pengguna dalam talian di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam boleh membeli-belah sempena jualan istimewa merentas semua kategori. Sama ada anda seorang fanatik bola sepak yang tegar menceriakan pasukan kegemaran anda atau peminat sukan kasual yang mencari barangan keperluan musim panas, Lazada mempunyai sesuatu untuk setiap orang pada harga yang terbaik.

Sebagai peminat bola sepak di Asia, sudah pastinya peminat perlu berjaga sepanjang malam untuk menonton setiap perlawanan. Disebabkan itu, Lazada telah memperkenalkan ‘PJs of Champions’ yang eksklusif untuk peminat di rantau ini. Dengan hanya 500 helai yang tersedia, baju tidur edisi terhad ini menampilkan kolar bulat sukan premium serta lengan dan seluar yang selesa supaya peminat dapat menikmati keseronokan perlawanan dengan penuh gaya.

Baju tidur jersi Lazada juga disediakan untuk haiwan peliharaan kesayangan anda supaya semua di rumah boleh sama-sama membarakan lagi kehangatan UEFA EURO 2024™! 

Pencarian kini berlangsung untuk barisan All-Star yang paling comel!

Sambil kita meraikan keterujaan perlawanan di atas padang, pengikut media sosial Lazada Malaysia boleh menantikan penampilan khas bekas pemain bola sepak dan penyerang Malaysia, “Super Safee” Sali, di mana beliau bakal melatih kucing bermain bola sepak menerusi TikTok Lazada Malaysia.

Selain itu, peminat juga boleh berkongsi video tersendiri melatih kucing peliharaan mereka dengan menggunakan hashtag #LazadaAjarKucing. Penyertaan yang terbaik berpeluang memenangi baju tidur jersi edisi terhad. Pengikut Lazada Malaysia di Instagram dan X juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti media sosial lain untuk memenangi jersi eksklusif ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai  All-Star Champions Sale yang bermula 1 hingga 3 Julai 2024, sila layari aplikasi Lazada atau www.lazada.com.my 

Raja Lepak

Read Previous

Starbucks ‘The Bearista Art Project’: Beary-cute Koleksi Untuk Raikan Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman

Read Next

Sakit Kepala Lagi? Migrain Ker?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *