GEL-KAYANO™ 31: Era Baharu Kestabilan dan Keselesaan Dalam Kasut Larian

ASICS dengan bangganya mengumumkan pelancaran GEL-KAYANO™ 31, tambahan terbaru kepada siri kasut larian kestabilannya yang terkenal. Direka bentuk untuk meningkatkan keselesaan dan sokongan untuk pelari dari semua peringkat, model baharu ini menampilkan beberapa peningkatan daripada pendahulunya, GEL-KAYANO™ 30.

Ciri dan Inovasi Utama:

Bahagian Atas yang Diperbaharui untuk Keselesaan Optimum:

GEL-KAYANO™ 31 mempunyai reka bentuk bahagian atas medial asimetri yang baru. Dikemas kini untuk memberikan kesesuaian sokongan yang lebih dengan keselesaan yang dipertingkatkan, sejajar dengan komitmen ASICS terhadap peningkatan berterusan untuk badan dan minda.

Bahagian atas mesh meningkatkan pengudaraan, mengekalkan kenyamanan kaki dan fleksibel dalam jarak jauh.

Kestabilan dan traction yang dipertingkatkan:

Tapak luar kasut telah dikemas kini dengan bahan getah HYBRID ASICSGRIP™, menawarkan daya tarikan yang lebih baik dan mengukuhkan kestabilan kasut.

Teknologi PureGEL™ memastikan penyerapan hentakan yang lebih baik dan peralihan yang lebih lancar, meberikan perlindungan tambahan untuk pelari.

Kestabilan Adaptif dengan 4D GUIDANCE SYSTEM™:

Seperti model sebelumnya, GEL-KAYANO™ 31 menampilkan 4D GUIDANCE SYSTEM™ yang unik. Sistem ini menyediakan kestabilan dan keselesaan penyesuaian, bergerak selari dengan pergerakan semula jadi badan untuk menyokong pelari. 

Komitmen terhadap kelestarian alam sekitar:

GEL-KAYANO™ 31 meneruskan dedikasi ASICS terhadap ketelusan berkenaan impak alam sekitar. Setiap pasang model ini memaparkan pelepasan CO2e pada insole, direkodkan pada 10.6kg sepasang, membantu pelari membuat pilihan mesra alam.  

GEL-KAYANO™ 31 akan tersedia untuk model lelaki dan wanita di kedai retail, dalam talian, serta specialist running outlets di Malaysia mulai 13 Jun 2024. Harga runcit ditetapkan pada RM 729.00.

Untuk maklumat lanjut tentang GEL-KAYANO™ 31 dan teknologi terkininya, layari asics.com.

Raja Lepak

Read Previous

Jualan Paling Wow Untuk Semua Kaki Shopping

Read Next

Melayang Ke French Riviera Dalam Aroma Baharu Nespresso

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *