Belum lagi ditayangkan tapi, filem keluaran WebTVAsia ini sudah pun terpalit dengan beberapa kontroversi selepas trailernya dikeluarkan.
1. Unsur soft porn: Bukan hanya memaparkan aksi lelaki tidak berbaju dan wanita yang hanya berbikini, malah kehadiran model Ms Puiyi yang melakonkan aksi ghairah juga dilihat sangat tidak bersesuaian dengan konteks filem tempatan.
2. Poster: Dikatakan hampir sama dengan poster Fantasy Island yang mana pulau menjadi fokus utama dalam poster, persamaan ini dilihat agak ketara. Anda lihat dan nilai sendiri di mana persamaan yang ada.
Dibintangi Amelia Henderson, Alif Satar dan ramai lagi, ramai yang menjangkakan plot filem yang dikatakan akan keluar pada 9 Mac ini cliche.
Apa-apa pun, kita nantikan sahajalah.