Saiz ayam KFC yang kecil ni dari dulu lagi sebenarnya dah jadi isu. Walaupun dah banyak luahan yang dilakukan rakyat, tapi masih ada lagi isu yang sama berulang. Ada lagi ayam goreng bersaiz ‘anak ayam’ yang terlepas.
Tak terlepas, kali ni giliran YB Lim Lip Eng yang meluahkan rasa terkejut beliau apabila ayam goreng KFC yang dibelinya sebesar paket sos cili! Akui sudah lama tidak makan KFC, YB Lim tertanya adakah saiz berkenaan merupakan saiz standard sekarang?
Walaupun posting berkenaan sudah mendapat respon daripada KFC, tetapi thread beliau dipenuhi dengan luahan kekesalan daripada rakyat Malaysia yang kecewa dengan kualiti dan saiz ayam KFC kini. Terutamanya kalau dapat bahagian drumstick. Memang sedih!
Twitter: @limlipeng