Aruz ‘Kaki Janda’ Rupanya Teknik Marketing Murahan Jenama Vape Lokal

Dalam zaman viral ni, teknik marketing merupakan salah satu usaha penting dalam memastikan bahawa sesuatu produk dapat diperkenalkan kepada umum. Tapi malangnya bila ada sesetengah pihak sanggup menggunakan konten-konten murahan bagi tujuan ini.

Contohnya, beberapa hari lalu viral tentang sebuah kereta Perodua Aruz yang diconteng dengan perkataan ‘janda’ dikenal pasti berada di Bukit Bintang. 

Pada awalnya, ada yang menyangkakan yang benarlah ia dek kerana perbuatan tidak senonoh si pemilik kereta. Tetapi ada yang menyangkal sebenarnya ia adalah teknik marketing murahan.

Bila carian dilakukan pada perkataan yang ada pada logo di badan kereta, maka terbuktilah ia adalah salah satu jenama perasa vape lokal.

Ramai yang marah dengan teknik marketing ini kerana ia seolah merendahkan title mereka yang bergelar janda dan sangat tidak sesuai kerana tidak menjaga sensitiviti masyarakat khususnya golongan ibu tunggal.

Video: TikTok @wak_obess2

Raja Lepak

Read Previous

Tindakan Pak Cik Grab ‘Pause’ Meter Teksi Dalam Jammed Dapat Pujian Ramai

Read Next

Minta Turunkan Sekali Harga Ayam Gunting, Ini Respon Santai PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *