Betullah orang cakap, jangan percaya apa yang kita nampak dekat media sosial ni. Sebabtak semua yang dipaparkan tu betul dan boleh dipercayai.
Macam ada setengah influencer yang suka tayang kemewahan dekat posting dorang. kereta mewah, rumah besar, percutian ala VVIP, sedangkan hakikatnya duit yang dihasilkan tu rupanya didapati dengan cara yang salah.
Macam yang viral dekat Indonesia sekarang, influencer yang terkenal sebagai orang bisnes, Doni Salmanan rupanya terlibat dalam skim penipuan pelaburan Quotex.
Skim pelaburan yang dijalankan secara besar-besaran ini dah rugikan banyak pihak sampaikan ada yang hilang lebih kurang RM111,500 disebabkan terpedaya dengan skim yang janjikan keuntungan berlipat kali ganda ni.
Kesannya, ada mangsa yang terdiri daripada wanita mengandung hilang berat badan sampai 12kg! Kasihan betul.
Dalam satu operasi Badan Siasatan Jenayah Polis Indonesia, asset Doni yang bernilai RM18.7 juta dirampas termasuklah cash hampir RM1 juta, dua bidang tanah, 18 unit kenderaan motosikal pelbagai jenama, alat elektronik, kad debit, buku simpanan, pakaian mewah dan beberapa lagi.
Susulan daripada penahanan beliau juga, Doni membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Indonesia dan berharap orang ramai dapat memaafkannya.
Hmm… Harap kita ni lebih berjaga-jagalah supaya tak termakan janji manis skim pelaburan yang kelak akan merugikan kita sebab ditipu.
Imej: IG @donisalmanan