Jaranglah kalau jumpa polis, kita buat perangai atas jalan raya kan? Automatik akan jadi sopan santun walaupun sebenarnya boleh kira gangster jugak.
Macam yang berlaku dekat lelaki dalam video ni. Amboi, bukan main sopan lagi dia langgar lampu isyarat walaupun depan polis yang turut sama tunggu lampu isyarat dekat situ.
Perlahan je dia berhentikan motor sebelah polis lepas tu turun sebelum tolak moto lintas lampu isyarat. Polis tu pun tengok je dan biarkan dia bergerak pergi.
Gigih betul ya dia punya tak nak tunggu lampu isyarat. Kelakar tengoknya.
Kejadian berlaku dekat China. Agak-agak kalau berlaku dekat Malaysia, orang tu boleh lepas ke tidak ye?
Kredit video: @amirul