Sebab Bosan, Guard Tambah Mata Pada Lukisan Muka RM3.5 Juta

Sebab terlampau bosan masa first day kerja, seorang security guard dekat sebuah galeri dekat Rusia dilaporkan telah melukis mata pada satu lukisan yang harganya dianggarkan berjumlah lebih 740,000 Euro yang kalau ditukarkan ke MYR sekitar RM3.5 juta.

Lukisan yang dikenali sebagai Three Figures tu merupakan hasil karya dari Anna Leporskayadan dipamerkan masa pameran seni abstrak di Pusat Yeltsin dekat bandar Yekaterinburg, barat Rusia.

Kredit: Newsflash via Daily Mail

Benda ni disedari dua pengunjung yang rasa ada benda yang ditambah pada dua dariapada tiga figura dalam lukisan tu.

Menurut laporan Daily Mali, pengawal keselamatan dari syarikat swasta tu dah pun dipecat. Satu kertas siasatan dah dibukan dan atas kesalahan vandalism, dia boleh dikenakan hukuman penjara setahun!

Kredit: Newsflash via Daily Mail

Kos nak baiki balik lukisan tu dan hilangkan mata yang dibuat pengawal tu pun bukannya murah. Mencecah 2,470 Euro (hamper RM12,000) jugak. Katanya kos tu dibayar syarikat pengawal keselamatan tu.

Hmm, beringatlah korang. Bosan macam mana pun jangan lah lakukan vandalisme.

Sumber: Daily Mail

Kredit gambar: via Daily Mail

Raja Lepak

Read Previous

‘Bergurau Pulak Dia Malam-Malam Ni,’ Ajak Cemas Lembaga Putih Tumpang 4×4 Depan

Read Next

Penemuan Mengejutkan Polis, Ingatkan Mayat. Rupanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *