Sebut je Upin Ipin, memang tak dapat dinafikan popularitinya dekat negara jiran terutamanya Indonesia dan Brunei. Si kembar yang dah hampir 14 tahun ceritanya, tapi masih tak besar besar.
Baru-baru ni viral dekat TikTok, yang animasi Upin Ipin tu sebenarnya daripada kisah benar yang mana ia khayalan yang diwujudkan oleh Opah sebab tak dapat terima pemergian cucunya.
Siap dalam video tu ada kubur lah yang namanya Upin Ipin yang tertera tahun pemergian keduanya antara 1995-1996.
Katanya dorang turut ‘pergi’ dalam nahas yang juga melibatkan ibu ayah dorang masa bercuti.
Entahlah. Macam mana dorang boleh tahu, tapi kita sebagai negara pencipta pun tak tahu? Emm, pelik ni.
Pihak Les’ Copaque Production selaku syarikat yang menerbitkan animasi Upin Ipin pun dah beritahu yang sebenarnya kisah ni adalah rekaan semata dan ditulis sepenuhnya oleh Les’ Copaque Production dengan idea asal oleh Hajah Ainon yang juga merupakan pelakon suara Opah.
Korang rasa macam mana?
Apa-apa pun layan jelah video konspirasi dorang ni: @bang_alonk3110 Maleh aque, tak habis-habis dengan konspirasi claim ni.