Sekarang ni memang tengah demam Squid Game. Sana sini orang sebut pasal bentuk bulat, segi tiga dan segi empat.
Dalam pada demam-demam tu, korang perasan tak dekat kad jemputan ke Squid game tu ada nombor telefon yang peserta nak join tu kena call?
Kalau korang nak tahu, nombor yang tertera tu memang nombor telefon milik orang tau. Bukan dari pihak produksi ke apa, tapi milik rakyat marhaen di Korea Selatan.
Sejak dari Squid Game keluar, individu ni terima lebih 2,000 – 4,000 panggilan setiap hari sampaikan bateri fon dia habis sebab orang asyik call non-stop.
Mulanya dia tak tahu, tapi lepas kawan dia inform tu barulah di sedar yang pihak Squid Game gunakan nombor dia. Walaupun mungkin dorang pun tak tahu yang nombor tu memang wujud dan produksi pun dah buang 3 nombor awal daripada keseluruhan nombor.
Cuma sebabkan kod kawasan, nombor tu still boleh dicapai orang-orang dekat Seoul, Korea Selatan.
Susulan itu, produksi pun dah minta maaf dan katanya dah beri pampasan 1 juta won kepada pihak tersebut. Cuma kalau ditukarkan ke nilai mata wang MYR, nilainya ialah RM3,500.
Dan setakat ni, media melaporkan yang mangsanya bukan sorang. Ada lagi 2 orang yang turut terkena masalah yang sama. Dan ada juga yang dah pakai nombor tu lebih 10 tahun. Hmm, memang sayanglah kalau nak kena tukar nombor kan?
Tapi pihak produksi pun dilaporkan dah hubungi mereka yang berkenaan untuk selesaikan isu ni. Kalau gagal, mungkin produksi boleh didenda sampai 50 juta won, lebih kurang hamper RM200 ribu.
Dalam perkembangan terbaharu, katanya calon presiden Korea Selatan, Huh Kyung Young dengar kata ada offer nak beli nombor yang ada dalam Squid Game tu dengan nilai lebih kurang 100 juta won. Wahh, wang besar jugak ni.