Kalau masuk hutan dengar bunyi baby nangis, confirm jadi tak keruan kan? Yelah dalam hutan, mana nak datang baby nya.
Dan otak pun laju je fikir yang bukan-bukan, makhluk halus la, bunian la apa la.
Tapi maybe lepas ni kalau korang masuk hutan dengar bunyi baby nangis, korang boleh tenang tenang je. Sebab ini CT nak share.
Kalau korang nak tahu ada satu burung yang boleh tiru suara yang sama gila macam suara baby. Bunyi dia memang sama, bukan macam korang ajuk ajuk ke.
Dalam satu video yang dikongsikan pihak sebuah zoo dekat Australia @tarongazoo, korang boleh dengar dan bezakan sendiri. Sama ke tidak.
Fuh, lepas ni bolehlah lega lega sikit. Tak ada nak mistik mistik sangat sebab boleh anggap yang tu bunyi burung bukan bunyi makhluk lain.
Buat yang tertanya-tanya ni burung apa, nama dia lyrebird tau. Memang selalu jumpa kalau dalam hutan.
Amacam, sama tak bunyinya?