Memang sedap makan benda panas-panas. Tapi yang tak sedapnya, derita yang perlu dilalui untuk dapatkan kesedapan tu. Mungkin boleh sampai lidah melecur.
Baru ni viral satu video, ada gadis tu makan mi sup panas-panas sampai asap yang keluar dari mulut dia macam asap yang keluar dari mulut orang duduk dekat tempat musim salji. Padu betul!
Korang boleh tengok sendiri video dari @sikhansuy ni. Kelakar
Setakat ni dah 12.9 juta kali orang tengok video ni. Masing-masing terhibur dengan reaksi gadis tu kot. Tapi itulah, dari awal lagi dah nampak berasap, macam manalah dia boleh terus nak suap masuk mulut kan?
Mungkin lapar sangat kot.
Pisang goreng kalau dimakan panas-panas, dah bukan namanya pisang goreng. Tapi hihang horeng.
Tapi macam mana pulak kalau mi sup panas? Mungkin hi hup panas kot?