Fenomena biasa kalau duduk tengah panas, memang akan ada bayang. Rasa macam seumur hidup CT la, tak pernah lagi ternampak benda tak ada bayang. Setakat yang CT perasan lah.
Ke korang perasan pernah ada ketika tak ada bayang?
Okey, kali ni CT nak cerita pasal fenomena tak ada bayang dekat Indonesia, negara jiran kita.
Tahu tak dalam setahun, akan berlakunya dua kali peristiwa macam ni. Sampaikan ada hari yang disambut yang dinamakan sebagai Hari Tanpa Bayang. Sebab dalam hari tu, apa-apa je benda yang diletakkan bawah cahaya matahari tak akan ada timbulkan bayang.
Kenapa fenomena ni boleh berlaku? Okey jom CT terangkan secara ringkas.
Bayang terhasil bila cahaya matahari yang tersinar dari satu punca terhalang dalam laluan melurus daripada kena pada sesuatu permukaan/benda yang gelap. Kalau sumber cahayanya memancar lemah akibat halangan daripada persekitaran contoh macam hari berawan, bayangan yang terhasil tak ketara sangat.
Jadi fenomena tanpa bayang ni terhasil bila, mana matahari berada betul-betul ‘atas’ Indonesia. Sebab Indonesia ada di 6 darjah utara dan 11 darjah barat di sebelah garisan khatulistiwa.
Menurut peneliti, fenomena ni dah berlaku beberapa kali di Indonesia. Yang pertama tahun ni adalah Februari sebelum sekali lagi jadi April lepas. Dan katanya akan berlanjutan sampai ke Oktober.
Boleh tengok wilayah mana yang terkena dekat sini: kompas.com