Dekat Jepun, yakuza adalah salah satu kumpulan yang tak asing lagi. Sebut je yakuza, memang terbayang keganasan dorang.
Kalau korang nak tahu, rakyat Jepun lama dah desak kerajaan untuk tak lagi bertoleransi dengan yakuza sebab banyak jenayah yang dorang buat sampai melanggar undang-undang negara.
Jadi keputusan seorang hakim yang jatuhkan hukuman mati dekat seorang ketua yakuza kumpulan Kudo-kai, Satoru Nomura, 74 tahun ni mendapat sokongan rakyat.
Nomura dijatuhkan hukuman atas tuduhan sebabkan kematian 3 orang awam, iaitu masing –masing pada tahun 1998 (seorang ketua koperasi nelayan), 2013 (seorang individu) dan 2014 (seorang jururawat).
Dan pada 2012 jugak, Nomura hampir bunuh seorang pegawai polis yang siasat kegiatan haram kumpulan dia.
Media laporkan yang bukti untuk mendakwa Nomura tak kukuh, tapi keputusan hakim tetap tegas – Nomura dijatuhkan hukuman mati walaupun Nomura meminta keputusan diadili dengan adil.
Disebabkan itu juga Nomura sempat memberi amaran kepada hakim yang dia akan menyesal seumur hidup disebabkan hukuman yang dijatuhkan kepada Nomura.
Real juga eh nak banteras jenayah yakuza ni kan?