Kasih sayang suami isteri memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Macam yang berlaku dekat India pada tahun 2016, seorang nenek, Laa Kare berusia 67 tahun menjadi sebutan dunia hanya kerana berlari dengan pakai sari.
Yang hebatnya, nenek ni walaupun dia berlari tanpa pakai pakaian yang sepatutnya, malah hanya berkaki ayam, beliau tetap dapat mengalahkan peserta lain yang jauh lagi muda daripadanya.
Semuanya sebab beliau nekad nak menang hadiah duit yang ditawarkan untuk biaya kos rawatan suaminya yang berjumlah 5,000 Rupee.
Kalau diconvert ke RM, nilainya tak besar pun dalam lebih kurang RM280 macam tu. Tapi disebabkan mata wang India yang rendah, ditambah pulak dengan kadar kemiskinan yang tinggi dekat sana, tak ramai yang mampu nak biaya kos rawatan kesihatan.
Kerja dapat gaji yang kadang-kadang cukup, kadang-kadang tak cukup untuk makan.
Mula-mula masa nak daftar masuk pertandingan larian tu, pihak penganjur macam tak benarkan disebabkan faktor usia dan pakaian beliau. Tapi lepas merayu, pihak penganjur akhirnya membenarkan.
Siapa sangka, nenek yang usianya jauh lebih besar daripada peserta lain itu akhirnya jadi orang pertama yang tamatkan larian.
Masa ditanya apa yang buatkan beliau bertenaga untuk tamatkan larian, jawapan Lata Kare senang je:
“Bersama larian saya, saya membawa nyawa dan harapan suami saya.”
Inspirasinya kisah Lata Kare ni sampaikan ada filem ‘Lata Bhangwan Kare’.