Bila datangnya bulan puasa, cerita Geng Plastik Hitam dalam filem arahan Mamat Khalid selalu jadi tumpuan. 15 Puasa, 16 Puasa, 17 Puasa, dan terbaru ni 18 Puasa di Kampong Pisang.
Femesnya cerita ni sampaikan asal ponteng puasa je, orang akan up muka Bell Ngasri sebab lakonannya sebagai Barkoba yang sangat menjadi.
Sampaikan lokasi penggambaran drive thru yang jadi port femes geng ponteng puasa dalam filem tu pun habis kena serbu dengan Jabatan Agama gais!
Nampaknya gambar yang buat penonton terhibur ni betul-betul jadi port popular geng plastik hitam beli makanan untuk ponteng puasa, siap ada servis drive thru lagi untuk geng-geng ni.
Buat hal lah geng yak yak ye ni. Tak pasal kena cekup dengan JAIPk.
Kalau korang nak tahu, dekat Perak bila ditangkap ponteng puasa walaupun korang hisap rokok dan minum teh tarik segelas je, korang boleh didenda RM1,000 atau pun dipenjara 6 bulan tau.
Dan hukuman ni tak kisah umur korang berapa – kecuali yang belum baligh la.
Kalau memang umat Islam tak boleh puasa sebab sakit atau sebagainya, kita faham. Tapi janganlah secara terbuka makan gitu. Memang salah sebab seakan tak hormat bulan yang diwajibkan berpuasa ni.
Btw geng plastik hitam, tak puasa penuh tak boleh raya tau. Acilah macam tu kan?