Wah! Kuantan dah buka Taman Rekreasi Air lah! Baru je buka lebih kurang 2 bulan. Aktiviti yang disediakan sesuai untuk riadah & tarikan pelancong ke Kuantan. Ada Kayak, Paddle Boat & Airboat. Sesuai nak buat aktiviti macam ni dengan family atau kawan-kawan korang!
Equipment yang disediakan semua baru & selamat digunakan.
Waktu operasi dari 9 pagi – 6.30 petang, so korang boleh enjoy puas-puas kat sini!
Harga tiket pun berpatutan dengan servis dan equipment yang disediakan. Boleh lah korang belanja family korang buat aktiviti riadah kat sini. Mesti seronok giler!
AIRBOAT
Dewasa RM5.00
Kanak-Kanak RM3.00
PADDLE BOAT
RM10.00 (20 MINIT)
So, sape yang ada plan nak bercuti kat Kuantan tu, jangan lupa singgah Fun Boat ni tau! Tempat pun cantik sangat. WAJIB #OOTD & selfie tau! Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok kat sini.