Menu Mewah, Kenyang Teruk! Bawak RM5 Pun Boleh Lepak Lo’qos!

Dah lama tak jalan-jalan kat Melaka! Balik dari pantai klebang nampak kereta penuh tepi jalan, KEMAIN PANJANG MAU BERATUR orang nak masuk kedai ni! Rupanya orang ramai sibuk nak makan Nasi Lo’qos kat sini! Alang-alang dah sampai, baik cuba! 

So, macam mana rupa Nasi Lo’qos tu? 

Nasi dan ayam goreng dibanjirkan dengan masak lemak cili padi KAW sampai lo’qos! Perghhh sedap giler, meleleh air liur tengok menu ni! Kombinasi menu ni memang PEMBUKA SELERA, boleh bertambah 2 kali woi! 

Tapi jangan risau! Kat sini banyak lagi menu power-power yang korang boleh order! Memang NGAM sangat order menu- menu ni time korang tengah lepak tu! 

Char Kuey Teow 

Nasi Goreng Kambing 

Set Sup Kambing 

 Set Asam Pedas 

Western 

Rasa makanan kat sini macam masakan mak kat rumah! Founder Restoran & Uptown Lo’qos ni bukan biasa-biasa ya! Dyorang dah berniaga lebih daripada 20 tahun! Memang famous dengan asam pedas & masak lemak cili api sejak dari restoran lama mereka, Asam Pedas Rachun. 

Tapi yang bestnya bila korang datang Lo’qos ni bukan makan best je, korang siap boleh shopping kat Lo’qos Uptown ni! Macam-macam ada! 

Yang paling Sis Eqa suka sekali pergi booth Aiskrim Boba Madu ni! Perghhhh boleh addicted kalau sekali dah makan! 

Restoran & Uptown Lo’qos ni dibuka setiap hari dari pukul 2 petang sampai 1 pagi. Harap bersabar kalau korang kena beratur tggu tempat duduk tu. memang ramai datang sini nak pekena  nasi Lo’qos tu! 

Orang Melaka yang tak datang lagi tu, baik korang datang & cuba Nasi Lo’qos ni! Sis Eqa siap tapau lagi! Dah cakap memang CONFIRM ADDICTED punya.

Jangan lupa mai Lo’qos! https://www.facebook.com/LOqos-Uptown-Restoran-106131924569821

Admin

Read Previous

Ingatkan Pesta Lampu, Rupanya Hari-hari Cantik Macam Ni!

Read Next

The Hottest Siakap 3 Rasa Uncle Jimboy! Padu giler!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × five =