Gelak Sampai Menangis Kat Party Room! Terus Hilang Stress!

Masuk mall terus lupa tujuan datang nak shopping…  bila nampak PARTY ROOM ni! Sis Eqa ngan member-member terus terjah masuk. EXCITED sangat! Yang paling takleh lupa ktorang gelak macam tak ingat dunia. Yela time ni lah terkeluar semua hidden character masing-masing. Hahahaha (tengah menulis pun gelak lagi). 

So Party Room ni sebenarnya apa? Kat sini ada banyak games yang korang boleh cuba dengan member korang. Paling best kat sini semua self-service tapi dyorang ada instructions yang memudahkan korang untuk main. Boleh main banyak kali ikut suka! Tapi masa mula-mula masuk, game marshall akan guide dulu untuk beberapa game. 

Firstly, semua orang akan dapat sport watch ni! So, korang boleh tahu masa korang kat dalam tu.takde lah terlajak. Tapi staff dyorang akan remind kalau korang tak sedar. NO WORRIES! 

Whack-A-Mole

Kalau main benda ni memang gelak sampai sakit perut lah! Orang tengah kena jaga ayam-ayam tu. Pemain lain pulak kena dapatkan ayam tanpa kena ketuk kepala. Sape dapat banyak ayam dia menang dan dapat point. 

Floor Curling 

Game ni ala-ala macam main bowling tapi korang roll sampai kena kat bulatan macam dart tu. kalau kena kat tengah-tengah point lagi tinggi! 

Rainy Bike 

Game ni korang kena kayuh basikal. Team yang kayuh perlahan dan kalah akan kena simbah air yang jatuh dari atas. Sebab tu dia sediakan baju hujan. Kalau tak, memang basah lah! Better bawak baju extra! 

Football Arena 

Game ni kena main sorang, tendang seberapa banyak yang boleh untuk dapat point yang tinggi! 

3D Twister 

Game ni boleh main 3-4 orang. Part ni confirm korang akan gelak kalau member korang dah start kena buat aksi yang susah-susah. 

Giant Jenga 

Siapa yang kalah, jenga akan runtuh dan korang akan kena hempap dengan jenga tu! Tapi tak berat pun, ringan je! Takkan tercedera punya! Dah habis main jangan lupa kemas balik ya! 

Air hockey 

Kalau dah penat main game yang berat, boleh lepak area sini. Game dia semua chill-chill je! 

Balloon Over Head 

Cara main game ni, korang kena pam balloon tu guna kaki. Then, sape yang letop kan balloon tu dulu, dia menang! 

Darts 

L-shape Pool 

Super Run 

Pong Table 

Karaoke Room 

Part ni paling dinanti-nanti! Korang nyanyi je lah lagu apa, nak lama mana! Memang hilang stress jap haha. Nak gelak lagi, nak nyanyi lagi. Memang HAVE FUN sangat! 

Actly, banyak sangat game kat sini! Tak sempat ktorang nak main semua. Kalau pergi ramai-ramai lagi best! Party room ni sesuai sangat untuk buat grouping activities! 

K-box 

Ninja Drop 

Comics 

Kalau mak, pak yang datang nak bawak anak-anak pun boleh. Nak pergi satu family kat sini pun boleh sebab ada KIDS AREA! 

Last but not least, Party Room ni instagrammable sangat! Amek gambar kat sudut mana-mana pun cantik! 

Kalau korang teringin sangat nak berkumpul dengan family atau member & nak buat aktiviti yang best, Party Room ada buat GROUP  PROMOTION! 

Cepat book sekarang!

Tak puas nak tengok ktorang gelak terguling-guling? Nah Sis Eqa belanja video sikit!

Raja Lepak

Read Previous

Ala-ala ‘Dinner In The Sky’, Macam Syiok Je Tempat Ni!

Read Next

Tisu Special Edition Datuk Lat ‘The Kampung Boy’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *