Lepasni Kalau Roti Habis Dah Tau Nak Cari Kat Mana!

Finally ada jugak port lepak cafe yang WORTH IT, SEDAP & SIHAT! Provisions Cafe ni memang betul-betul port lepak dengan member atau awek korang! Cantik, simple & instagrammable sangat! 

So apa best menu kat sini? Sebelum Sis Eqa introduce menu lain, I nak introduce dulu my personal FAVOURITE MENU kat sini! 

Grilled Cheese Sandwich With Tomato Soup! 

Kombinasi sourdough bread yang dibakar dengan blue cheese bila makan dengan tomato soup rasa macam PIZZA! Seriously, the taste is AMAZING! Korang wajib try! 

Egg Salad Sandwich 

Yang ni pun I suka, roti bakar lembut dengan telur hancur dan salad boleh buat korang TAK BOLEH STOP MAKAN! Telur dia padat, tak kedekut. Actly, makan 2 slices je dah kenyang! 

Scramble Eggs On Toast With Tomato Jam 

Kalau korang nak makan menu telur yang lain, telur hancur dengan tomato ni pun NGAM! Portion dia besar, boleh makan untuk brunch! 

Wholemeal Sourdough, French Butter With Seasalt & Li’s Kaya

Menu ni pun my personal FAVOURITE MENU kat sini, especially homemade kaya dia! Semua bahan yang digunakan natural dan organik tanpa bahan tambahan yang lain! Still terngiang-ngiang rasa kaya dia kat tekak ni, SEDAP SANGAT! 

Last but not least, Sis Eqa minum Espresso White with NO SUGAR! Tapi rasa dia PADU sangat! 

Even this worthy Seniman Kakao Chocolate ni pun NO SUGAR, tapi rasa dia takleh bincang. Memang berlemak dan sedap sangat. Bila makan dengan menu makanan dia, rasa fresh and NGAM GILER! 

Kalau roti kat rumah korang habis, cepat lari pergi sini beli roti sourdough dia! Sesuai dengan nama Pro-vi-sion yang bermaksud ‘supply’ something special for you! Hehe  

Kalau tak nak makan roti, kek pun ada! 

Kalau korang nak take-away Li’s Kaya Jar pun boleh! SEDAPPPPP SANGATTTTT buat makan pagi-pagi kat rumah! 

Setiap sudut kat cafe ni korang boleh amek gambar sebab design cafe yang simple & clean akan buat gambar korang jadi cantik. And ofcos INSTAGRAMMABLE sangat! Sesuai nak ajak awek korang lepak sini, mesti dia sayang korang lebih! Haha. 

Provisions Cafe ni diwujudkan oleh tiga orang founder yang berpengalaman dalam industri makanan dan perhotelan lulusan luar negara. No wonder Provisions Cafe ni sentiasa bagi servis yang terbaik kat setiap customer dyorang.  Memang MANTAP! 

Sis Eqa still takleh lupa rasa kesedapan semua  menu-menu kat sini. Boleh repeat banyak kali kat Provisions Cafe ni dengan member-member I nanti! 

Admin

Read Previous

Kena Keluar Siapkan Kerja Tapi Malas? Guna Hungry App ni!

Read Next

Ala-ala ‘Dinner In The Sky’, Macam Syiok Je Tempat Ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 3 =