Sape yang tak cuba lagi Escape kat Paradigm Mall PJ ni memang RUGI! Bukan senang nak ada attraction yang AWESOME giler bila korang pegi mall.
Asyik lepak minum je, jom lepak bakar kalori pulak!
Belum masuk korang akan terus teruja dulu! Nak masuk Escape ni just scan muka je, takyah pakai wrist band bagai. Boleh keluar break lepas korang penat & masuk balik kalau nak main semula. Pass Escape ni untuk sehari kot! Memang berbaloi & tak rugi!
Even locker letak barang pun pakai face scanner, memang takkan ada barang yang hilang! Canggih kan?
Untuk first challenge, I suggest korang try yang biasa-biasa je dulu selagi tenaga masih ada dan jantung belum gugur lagi!
Tapi paling rugi bila korang dah datang tapi tak TAPAU SEMUA challenge kat sini! RUGI SANGAT!
Gecko Challenge
Aktiviti ni macam wall climbing tu. Kalau boleh dah panjat sekali, Confirm korang nak panjat lagi!
Coco Climb
Yang ni agak challenging and rare giler, mana nak dapat pokok kelapa dalam mall weh! Tapi kat Escape ada! If korang tak boleh buat at least korang try dulu! Try je! Sebelum korang menyesal!
Airbag
Challenge ni korang boleh terjun dengan macam-macam aksi. Ikut suka korang, yang penting confident! Jangan risau semua selamat!
Jumping Jack
Challenge ni pun still biasa-biasa lagi! Korang boleh lompat tinggi-tinggi. Pastu nak flip ke apa semua boleh! Akan ada staff yang jaga. Equipment dia semua selamat. Plus staff Escape akan guide korang & pakaikan hardness dengan betul. Just ENJOY!
Aerobat
Start challenge yang ni dah agak mencabar. Tapi staff Escape akan bagi korang training dulu. Dengar arahan & ENJOY!
Slingshot
Part ni jantung dah start nak meletop! Tapi AWESOME TERUK! Kalau boleh nak main banyak kali. Korang akan rasa puas sangat! Memang sesuai untuk orang yang nak RELEASE STRESS!
Monkey Business
Okay dekat sini yang paling banyak tenaga nak kena pakai! Challenge ni ada 3 level. Level paling atas sekali ofcos sangat MENCABAR! Tapi bila korang lepas semua challenge rasa macam CHAMPION giler!
Banana Flip
Last sekali kitaorang main challenge ni macam slide dalam air. Tapi yang ni last sekali korang akan terbaring atas airbag.
Korang kena pakai raincoat sebab ada air kat slide tu.
Yang ni kalau boleh nak main banyak kali! Rasa macam tak puas je! TAK CUKUP SEKALI!
Kalau korang dah penat main semua challenge ni, nak relax-relax boleh main basikal ni race dengan kawan-kawan korang!
Kalau parents yang datang nak having fun tapi tak nak tinggal anak kat rumah, NO PROBLEM! Sebab dyorang ada KIDS CHALLENGE & KIDS ROOM.
Overall, ktorang memang ENJOY GILER! More than A+ ktorang nak bagi! Dari segi aktiviti yang ada, keselamatan, staff yang sangat berpengalaman & tempat yang bersih. Korang boleh enjoy kat Escape ni dengan WORRY-FREE! JUST HAVE FUN!
Last sekali nah! I nak belanja sikit video kat Escape! Enjoy!