Selalu pergi kedai RM2 mesti ada jual alatan dan keperluan rumah je. Barang masak, makanan atau barang keperluan dapur jarang ada! Tu yang lainnya Mr Dollar ni, semua barang masak dan makanan cuma RM2 atau RM5 sahaja!
Bila langkah je masuk, jadi tak tentu arah sebab excited sangat! Korang akan terus nampak chiller yang penuh dengan air, frozen food, dan aiskrim.
Mostly atas rak memang semua penuh dengan makanan. Food heaven! Biskut macam-macam brand ada, cakap je nak yang mana!
Coklat, snacks, gula-gula dan jelly jangan cakap lah. Memang banyak sangat pilihan! Lepasni, sebelum lepak wajib datang Mr Dollar dulu beli kudap-kudap!
Ingat ada makanan ringan je rupanya bahan masakan pun ada! Macam-macam jenis beras! Lepastu I wajib beli Thai Sweet Chilli ni cuma RM5 sahaja botol besar ya!
Duduk dekat level 2 ni memang boleh makan masa 1 jam jugak lah. Kalau boleh semua benda nak beli!
Tiba-tiba beg plastik I jadi berat, rupanya banyak item yang I beli ‘Buy 1 Free 1’ jadi terpaksa lah amek lagi satu setiap item. Memang terboek!
Lepasni nak datang lagi! Kalau tak pergi tempat lain harini, I memang ada borong barang dapur dengan frozen food dia! murah , berkualiti dan berbaloi sangat!
I pergi Mr Dollar kat Taman Maluri, KL. Katanya dyorg nak bukak cawangan baru! Nak tahu kat mana?
Kredit gambar utama: Mr Dollar Malaysia