Snek Berapi Jadi Kegilaan! Tak Melecur Lidah Ke?

Che Mat pelik betul la orang yang suka makan benda pelik-pelik ni. Ni ada cerita katanya makan api? Dah tak ada makanan lain ke nak makan sampai kena makan api.

Biasa kita akan minta masakan panas macam sup, kuih yang digoreng panas-panas dan macam-macam lagi. Tapi ni nak habaq mai, dekat New Delhi diorang ni makan snek api.

Katanya makanan ni dinamakan ‘paan’ yang disediakan secara tradisional oleh keluarga Pradhuman Shula sejak 20 tahun lalu.

Cara nak makan snek ni korang kena kunyah laju-laju sebab kalau lambat-lambat memang mulut terbakar dan melecur lidah la jawabnya. 

‘Paan’ ni diperbuat daripada daun sirih bersama dengan pinang yang telah dihancur kasar. 

Tapi nak bagi nampak menarik, diorang dah ubah suai hidangan ni dengan menambah perisa masala, ais dan perisa makanan. Api tu pula nak bagi tarik minat pelanggan.

Bagi masyarakat di sana, ‘paan’ dikatakan bagus untuk menyembuhkan selesema, batuk dan sakit tekak. Katanya, siapa yang dah try ‘paan’ ni akan dapat rasa sensasi dingin di dalam mulut dan menyukainya.

Che Mat kalau dah tahap selseme kronik pun memang tak akan cuba la makan snek berapi ni. Tobat!

Sumber: Barcroft TV

Admin

Read Previous

Mi Sup Daging Kluster Kayangan. Harga Sampai RM8,200 Semangkuk!

Read Next

Feeling Macam Kat ‘Overseas’! Tengok Wayang Dalam Kereta Weh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *