Berbuka puasa semalam tiba-tiba tekak ni teringin nak makan burger yang orang selalu jual kat tepi jalan tu. Dah lama rasanya tak makan. Tapi disebabkan susah nak jumpa orang buka gerai jual burger, terpaksalah Abang Bob pergi kedai beli daging dan buat sendiri burger homemade. Boleh tahan juga rasanya. Modal pun takdelah besar sangat. Tapi bercakap pasal modal dan burger, ada tau burger yang dijual pada harga ‘cekik darah’ sebab apa yer? Jom tengok 5 burger paling mahal di dunia.
5. Le Burger Extravagant: RM1,271.74
Tempat kelima ialah burger yang digelar Le Burger Extravagant. Burger ini menjadi menu istimewa kat restoran New York’s Serendipity 3. Yang menariknya, menu makanan yang satu ini disajikan dengan pencungkil gigi yang diperbuat dari emas tulen dan bertahtakan berlian. Maka tak hairanlah kalau burger lazat ini dijual pada harga AS$ 295 (RM1,271.74) sebiji.
4. The Absolutely Ridiculous Burger: RM1,720.09
Tempat keempat ialah burger yang diberi nama The Absolutely Ridiculous Burger. Selain itu, burger ini juga tersenarai dalam Guinness World Record sebagai burger paling besar dengan berat hampir mencecah 85kg. Kalau korang tengok pada gambar burger tersebut, korang akan dapat melihat betapa tebalnya daging yang digunakan pada burger itu. Burger itu juga memerlukan waktu hingga 72 jam untuk dimasak! Maka memang kayak laa burger The Absolutely Ridiculous Burger ini dijual pada harga AS$399 (RM1,720.09)
Baca artikel ini: Ini 5 Makanan Paling Mahal di Dunia
3. 666 Douche Burger: RM2,871.13
Tempat ketiga ialah burger yang diberi nama 666 Douche. Untuk merasai keenakan burger ini, korang harus membayar sebanyak AS$666 (RM2,871.13). Burger yang dijual di sebuah restoran di New York ini disajikan dengan keju yang meleleh, champagne, lobster, jamur, caviar, dan sos barbeque yang terbuat dari biji kopi luwak dari najis musang.
2. 777 Burger: RM3,349.65
Berada di kedudukan kedua burger paling mahal di dunia ialah 777 Burger. Sesuai dengan namanya, burger ini dijual pada harga AS$ 777 (RM3,349.65). Kenapa mahal? Untuk pengetahuan korang, burger tersebut telah menggunakan daging wagyu iaitu sejenis daging paling mahal di dunia. Daging burger tersebut juga telah diadun bersama dengan isi lobster maine segar dan disajikan dengan cuka yang sudah diawetkan selama 100 tahun. Burger ini dijual di salah satu restoran yaitu Burger Brasserie yang terletak di kawasan Las Vegas.
1. Fleurburger 5000
Tempat pertama burger paling mahal di dunia menjadi milik Fleurburger. Burger ini dijual di sebuah restoran bernama, Fleur de Lys di Mandalay Bay, Las Vegas, Amerika Syarikat. Seperti namanya, burger tersebut dijual seharga AS$ 5,000 (RM21,555). Ya, hidangan tersebut terdiri dari daging wagyu berkualiti yang dikombinasikan dengan foie gras dan truffle. Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan mendapat hidangan tambahan iaitu sebotol anggur Château Pétrus tahun 1995.
Itulah dia guys 5 burger yang dijual pada harga ‘cekik darah’. Walaupun harganya yang mahal, tapi burger-burger tersebut masih mempunyai pelanggannya tau yang tidak kisah mengeluarkan belanja untuk menikmati burger istimewa tersebut.
Baca artikel ini: Menu Unik Berbuka Puasa Mengikut Negara Di Seluruh Dunia