Mayat Suami Baru Meninggal Di Makan Hantu

Kisah yang Atok nak ceritakan kali ni kisah lama yang diceritakan secara turun-temurun. Mungkin cucu semua belum pernah lagi dengar kisah tentang mayat suami yang dimakan syaitan selepas meninggal dunia.

Kisah ni mungkin agak menyeramkan. Moga cucu semua boleh tidur dengan lena malam nanti. Cerita ni tentang sepasang suami isteri dan seorang anaknya yang tinggal ka tatas bukit, agak jauh dari perkampungan.

Tragedi bermula bila si suami jatuh sakit lalu meninggal dunia. Menangislah di isteri bila mengenangkan nasibnya yang ditinggal suami.

Kebetulan pula, suaminya meninggal pada waktu malam, maka si isteri mengambil keputusan untuk menunggu keesokan harinya untuk memberitahu orang kampung tentang kematian suaminya.

Sedang dia dudukmenunggu bersama mayat suaminya, tiba-tiba datang seorang lelaki tua yang meminta izin untuk menumpang tidur.

Dengan hati terbuka, si isteri membenarkan lelaki tua itu masuk tanpa ada sebarang syak wasangka. Di dalam rumah, sambil duduk bersembang, lelaki tua itu tidak lepas memandang mayat suaminya.

Lalu lelaki tua itu menanyakan sebab kematian suaminya kepada wanita tersebut. Setelah diceritakan, lelaki tua itudilihat mula bermain dengan tangan mayat tersebut.

Sambil memegang tangan si mati, dia berkata:

“Kasihan cucu ku ini sudahlah mati, terpaksa berpisah dengan anak dan isteri”. Selepas berkata, lelaki tua itu tiba-tiba menggigit jari mayat tersebut dan memakannya!

Si isteri mula ketakutan tapi hanya mampu mendiamkan diri kerana dia mula merasa tidak selamat. Tidak lama setelah itu, muncul lagi beberapa orang tua yang memasuki rumahnya dan mula meratah-ratah daging si mati.

Baca artikel ini: Peringatan! 4 Benda Jadi Tempat Tinggal Hantu

Si isteri tahu bahawa lelaki-lelaki tau yang datang itu semuanya bukan orang, tetapi dia tetap bertenang dan mula bergerak ke dapur sambil mendukung anak kecilnya.

“Nak ke mana cu?” tegur tetamu-tetamu itu. “Saya nak pergi ambilkan air, kan tak elok makan tanpa air” Balas si isteri. “pergilah jangan lama-lama” kata lelaki tua itu lagi.

Si isteri mula mengatur langkah perlahan-lahan menuruni anak tangga bersama anaknya. Agak-agak sudah jauh, si isteri mula berlari sekuat hati.

Sambil dia berlari sempat dia menangkap suara dari tetamunya tadi “ke mana sudah kau? balik sini semula! mana airnya!!”

Dalam ketakutan dia melajukan lariannya tanpa henti sehinggalah tiba di rumah salah seorang penduduk kampung yang paling hampir dengan ruamhnya sebelum dia terus pengsan disitu.

tardis-1024-768-wallpaper

Esoknya setelah sedar dari pengsan, si isteri menceritakan apa yang terjadi padanya semalam. Maka orang kampung segera pergi ke rumahnya untuk melihat keadaan mayat si mati.

Sampai disitu tiada apa yang tinggal melainkan tiang rumah sahaja. Haaa begitulah kisah mayat suami yang didakwa dimakan oleh hantu.

Kisah ni dulunya cukup terkenal dan sebab didakwa benar-benar berlaku. Atok nak nasihatkan cucu semua, jangan berani izinkan orang yang tak dikenali masuk ke rumah, takut cucu pula yang menjadi mangsa.

Baca artikel ini: Saka Pendamping Dari Alam Mistik

Raja Lepak

Read Previous

4 Jenis Makanan Terengganu Paling Feberet!

Read Next

Nampak Unik Namun 10 Makanan Tradisi Sabah Ini Wajib Anda Cuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *