Ada sesetengah orang memang sangat gilakan makanan pedas. Bagi mereka, kalau masakan yang dimakan tu kurang pedas, memang kurang nikmat untuk makan. Abang Bob mengaku abang sendiri memang kurang makan pedas. Kalau makanan yang Abang Bob makan tu terlebih pedas, memang sakit perut dibuatnya.
Namun, kajian yang dibuat baru-baru ini akan membuatkan korang akan berfikir dua kali untuk menambah kepedasan ke dalam makanan korang. Penyelidik memberi amaran bahawa orang yang makan makanan pedas setiap hari mempunyai risiko demensia yang lebih tinggi.
Demensia adalah sebuah sindrom yang berkaitan dengan penurunan kemampuan fungsi otak seperti berkurangnya daya ingat, menurunnya kemampuan berpikir, memahami sesuatu, melakukan pertimbangan dan memahami bahasa serta menurunnya kecerdasan mental. Takut tak?
Baca artikel ini: Meriah! 6 Tradisi Berbeza Masyarakat Dunia Sambut Bulan Ramadhan
Penyelidik dari Universiti Australia Selatan dan Universiti Qatar mendapati bahawa orang yang makan makanan pedas setiap hari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami demensia. Dalam kajian itu, para penyelidik mengkaji seramai 4,582 orang dewasa berumur lebih 55.
Hasilnya menunjukkan bahawa peserta yang makan lebih dari 50 gram cili sehari hampir dua kali ganda risiko penurunan memori yang lebih ketara.
Dr Zumin Shi yang mengetuai kajian itu berkata, penggunaan cili didapati bermanfaat untuk menurunkan berat badan dan mengawal tekanan darah dalam badan. Bagaimanapun, dalam kajian ini dia mendapati terdapat kesan buruk terhadap ingatan di kalangan orang dewasa yang lebih tua.”
Satu analisis diet peserta menunjukkan bahawa kedua-dua lada cili segar dan kering mempunyai kesan ke atas ingatan tetapi bukannya lada hitam.
Untuk pencinta makanan pedas, tidak salah untuk tambah kepedasan dalam makanan korang tu tetapi berpada-padalah jangan sampai memudaratkan kesihatan diri. Bukan je ria boleh menjejaskan otak, tapi tak elok juga untuk usus dan perut korang.
Baca artikel ini: 8 Makanan Biasa Jadi Luar Biasa Ketika Ramadhan