Biar Betik Tapak Selaman Makro Sudah Ada Di Malaysia

Siapa dekat sini yang minat dengan aktiviti menyelam dan suka ambil gambar hidupan marin? Kalau ya, korang wajib berkunjung ke Pulau Bum Bum di Semporna, Sabah kerana pulau tersebut kini dijadikan sebagai Tapak Selaman Makro yang pertama di Malaysia.

Pemilihan Pulau Bum Bum sebagai produk pelancongan saintifik adalah kerana lokasinya yang sangat kaya dengan kepelbagaian hidupan marin bersaiz kecil dan unik yang menjadi kegemaran para penyelam antarabangsa.

Pejabat Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Sabah telah mendapat kerjasama dengan Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (Ekomar) Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyediakan profil biodiversiti marin di Pulau Bum Bum.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/09/25/node-4678/1200px-Sabah-Islands-DarvelBay_PulauBumBum-Pushpin.png?itok=Tq1wBXkv
Kredit: tourismsabah

Sebanyak 14 tapak selaman telah diteroka dan 8 daripadanya telah dipetakan sebagai lokasi berpotensi bagi penyelaman makro.

Dengan penemuan lokasi-lokasi ini, ia secara tidak langsung membuka satu lagi keunikan aktiviti merakam imej dan video dasar laut iaitu menggunakan kamera bersama lensa makro khusus bagi menghasilkan imej dengan nisbah pembesaran 1:1.

Kredit: diveplanit

Ini kerana ada antara kehidupan marin bersifat mikro ini bersaiz kecil dan halus sekitar 0.05 hingga 5 sentimeter iaitu lebih kecil daripada bijirin menyebabkan ia tidak dapat dilihat oleh penyelam.

Banyak kehidupan marin yang menarik datang dalam saiz sangat kecil yang memerlukan kesabaran dan tumpuan selain peralatan yang khusus untuk merakam visual hidupan mikro ini.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/09/25/node-4678/photo-1531330785618-1a6430430a33.jpg?itok=wwTv38GU
Kredit: diveplanit

Sememangnya ia merupakan aktiviti yang mencabar memandangkan saiz hidupan mikro ini agak sukar untuk dilihat.

Selain itu, ketahanan mental juga memainkan peranan penting kerana kawasan agak berlumpur pada waktu malam selain terpaksa membawa pelbagai peralatan serta bekalan oksigen yang terhad.

Walau bagaimanapun, korang akan dapat melihat beribu-ribu hidupan makro yang amat jarang ditemukan memberi kepuasan kepada penyelam.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/09/25/node-4678/photo-1528941949533-72d5ca2e98d5.jpg?itok=lDrjUS3q
Kredit: diveplanit

Antara hidupan makro yang boleh ditemui di Pulau Bum Bum adalah pelbagai jenis sotong seperti flamboyant, popcorn, bobtail, papuan dan pygmy cuttlefish.

Selain itu, pelbagai jenis nudibranch (seaslugs) seperti Melibe and Thecacera pacifica atau lebih dikenali sebagai Pickachu serta ribuan udang rangka yang amat jarang ditemui di lokasi-lokasi lain juga dapat ditemui di sini.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/09/25/node-4678/photo-1544019165-36780b68659e.jpg?itok=CLrITXLm
Kredit: diveplanit

Dengan penemuan lokasi tapak selaman makro ini, Semporna bukan lagi dikenali sebagai lokasi transit pelancong yang hendak ke Pulau Sipadan, tetapi Pulau Bum-Bum juga bakal menjadi lokasi pelancongan saintifik marin kepada saintis dan penyelam makro.

Ia sekali gus mengangkat Sabah sebagai antara tapak selaman makro yang terkenal di dunia! Rasa kembang sat berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Artikel berkaitan:
Biar Betik Malaysia Ada Tempat Setaraf Sungai Amazon?
Taman Tasik Elmina, Tempat Baru ‘OOTD’ Terbaik di Selangor

Raja Lepak

Read Previous

4 Hospital Paling Berhantu Di Dunia

Read Next

Suka Makan Pedas? Korang Berisiko Untuk Hilang Ingatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *