10 Port Makan ‘Bukan Kaleng-Kaleng’ Di Kuantan

Pahang sangat terkenal menu masakan ikan sungai yang susah untuk didapati di tempat lain. Sebab itu tak hairanlah kalau korang berkunjung ke Kuantan, memang banyak tempat makan best dan sedap yang boleh korang cuba di sini. Jom usha!

1.   Mabiq Restaurant

Kredit: Mabiq Restaurant

Restoran ini sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh “Maahad Bahasa dan Ilmu al-Quran” (MABIQ) yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan.

Konsep restoran ini adalah layan diri dan menghidangkan pelbagai aneka lauk-pauk kampung dan tradisional Pahang yang memang sedap dan buat korang rambang mata.

Menu yang wajib korang cuba kalau makan di sini pastinya ikan patin masak tempoyak, pais ikan tempoyak dan sambal hitam dia yang memang padu!

2.   Ana Ikan Bakar Petai

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/08/05/node-4032/473a.png?itok=HzAIYKGs
Kredit: makanlena

Tanjung Lumpur, Kuantan memang popular dengan hidangan makanan lautnya yang memang fresh2 belaka. Kalau korang ke sini jangan lupa singgah menjamu selera di Ana Ikan Bakar Petai. 

Signature menu yang wajib dicuba tentulah ikan bakar petai, selain seafood, masakan panas dan ala-Thai yang memang sedap dan menyelerakan.

3.   Warong Paksu & Maksu

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/08/05/node-4032/12.-Poksu-Moksu-celup-tepung.jpg?itok=Z_OZrFr2

Masih lagi tempat makan menarik di Tanjung Lumpur dan Warong Paksu & Maksu ni memang terkenal dengan makanan lautnya iaitu ikan, udang, sotong goreng dicelup tepung.

Warung ini memang menjadi favorite pengunjung untuk menjamu selera bersama keluarga terutama di hujung minggu. 

Pelbagai menu lain yang boleh dicuba di sini seperti nasi campur, nasi dagang, laksam, aneka kuih-muih, sate, otak-otak dan keropok lekor.

4.   Angah Bbq Steamboat Buffet

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/08/05/node-4032/stim1.jpg.transformed_0.jpg?itok=NNc7rF61
Kredit: Angah BBQ Steamboat 

Uniknya tentang restoran steamboat yang terletak di Jalan Kampung Tengah, Kuantan ini ialah mereka menggunakan dapur arang untuk mempercepatkan proses rebusan dan memanggang.

Lebih istimewa stimbot di sini juga menggunakan resepi dan sos pencicah dari utara Thailand yang disediakan sendiri oleh isteri pemiliknya yang memang berasal dari Udon Thani, Thailand.

Pakej buffet yang ditawarkan berharga RM19 (dewasa) dan kanak-kanak berusia antara 6 hingga 11 tahun (RM10), manakala kanak-kanak bawah umur lima tahun adalah percuma.

5.   Char Kuey Teow Berapi

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/08/05/node-4032/17076784_1255072727874583_4782685481278111744_n.jpg?itok=2v1xIrpw
Kredit: Kuantanloka

Bagi penggemar char kuey teow, korang kena cuba makan di kedai makan ini yang terletak di Balok, Kuantan dan tak jauh dari beberapa lokasi penginapan popular seperti De Rhu Beach Resort dan Swiss Garden Beach Resort.

Lokasinya yang berhampiran dengan sebuah perkampungan nelayan di muara Sungai Balok membuatkan kedai makan ini mendapat bekalan udang segar yang dimasak bersama char kuey teow mereka serta menjadikan rasanya lebih sedap dan ‘berapi’.

6.   Nasi Kukus Seberang Balok

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/08/05/node-4032/51783792_345690649620807_1317370484187887075_n.jpg?itok=MwL-pgLI
Kredit: Facebook

Siapa kata dekat Kuantan tak ada nasi kukus yang sedap hingga menjilat jari? Kalau korang penggemar hidangan nasi kukus jangan lupa untuk singgah ke Nasi Kukus Seberang Balok ini yang terletak di sepanjang jalan pantai Kuantan-Balok.  

Nasi kukus di sini dijual dengan harga RM6.50 sahaja, lengkap dengan kuah dhal sayur dan kari ayam serta sambal yang cukup power! Tapi, paling menarik di sini apabila gulai kaki ayam dihidangkan secara percuma.

7.   Akar Kopi Cafe

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/08/05/node-4032/Akar-5.jpg?itok=lbL49tpJ

Kafe hipster ini memang tempat lepak yang paling best kalau korang seorang yang gilakan kopi dan gambar Instagram!

Terletak di Exit Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Akar Kopi Cafe yang bertemakan warna hitam putih menyajikan minuman kopi yang sedap dengan menu seperti Nasi Lemak, Roti Bakar, Telur 3 Suku dan lain-lain.

Dekorasi dalaman kafe ini dihias seakan taman mini, namun uniknya tempat duduk dan meja makan yang disediakan diperbuat dari tong besi terpakai. Kreatif, kan!

8.   Kula Cakes

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/08/05/node-4032/kula3.jpg?itok=chmg4R6H
Kredit: rasahub

Orang kata kalau korang ke Kuantan dan tak singgah ke Kula Cakes ni memang sangat rugi lahhh!Ini kerana Kula Cakes merupakan kedai kek terbaik dan popular dengan menu istimewanya iaitu Mango Cheesecake, sehinggakan ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata nak merasai keenakan pencuci mulut tersebut.

Dessert lain yang ada di sini ialah Pavlova, Red Velvet, Crème Brulee, Brownies dan Toblerone Cheesecake. Dekorasi dan hiasan dalaman di Kula Cakes ni memang sesuai untuk korang sakan bergambar Instagram! Ia dibuka setiap hari kecuali Isnin.

9.   Mustafa Cendol

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/08/05/node-4032/cendol-1.jpg?itok=invLGXSg
Kredit:rasahub

Kedai cendol ini begitu istimewa kerana bukan sahaja satu atau dua jenis cendol dijual tetapi lebih 13 jenis cendol!

Kalau kedai cendol lain biasanya menghasilkan cendol dengan bahan-bahan yang dibeli dari luar, namun di Mustafa Cendol ini semua bahan asas untuk cendolnya seperti air gula melaka dan cendol dibuat sendiri oleh pemiliknya.

Selain cendol, makanan lain yang selalu menjadi pilihan pengunjung ialah mee goreng mamak dan rojak ayam. Jika korang berjalan-jalan ke Pantai Teluk Cempedak, jangan lupa singgah ke kedai ini.

10.   Terminal Satay Zul

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/08/05/node-4032/20180921_191859.jpg?itok=FmHKsT6c
Kredit: SatayZul

Kalau korang berada di Kuantan dan tiba-tiba teringin nak menikmati sate yang sedap, korang kena pergi ke Terminal Satay Zul yang terletak di Jalan Alor Akar, Taman Ruby, Kuantan.

Istimewa di kedai ini turut menjual beberapa menu sate yang agak eksotik seperti sate rusa, arnab, hati dan perut, selain sate biasa iaitu ayam dan daging.

Sate yang berjus ditambah dengan kuah kacang yang sedap, serta kuahnya boleh ditambah secara percuma pastinya membuatkan kedai ini ibarat syurga untuk korang yang memang penggemar sate.

Artikel berkaitan:
Hanya 3 Bahan Sahaja Untuk Buat Kek Cheese Gebu
Makanan Tradisi Negeri Sembilan Wajib Korang Try

Raja Lepak

Read Previous

Hutan Awan Mossy Forest Tersangat Cantik & Memukau

Read Next

8 Makanan Biasa Jadi Luar Biasa Ketika Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *