Meriah! 6 Tradisi Berbeza Masyarakat Dunia Sambut Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa untuk umat Islam di seluruh dunia. Tapi, di setiap negara mesti ada tradisi unik tersendiri untuk meraikan kedatangan bulan puasa yang disambut setahun sekali itu.

Kalau kat Malaysia, mungkin tiada tradisi tersendiri untuk meraikan Ramadhan. Paling-paling tidak pun Abang Bob rasa mungkin adanya Bazar Ramadhan. Tapi sayangnya tahun ini Bazar Ramadhan tiada yer adik-adik semua. So apa sahaja tradisi unik yang disambut oleh beberapa buah negara ketika Ramadhan tu?

1.   Menyalakan Fanous, Mesir

Mesir punya tradisi unik yang hanya dilakukan semasa bulan Ramadhan, iaitu menyalakan fanous. Untuk pengetahuan korang, fanous ini adalah sejenis lampu tradisional yang berwarna-warni. Menurut cerita masyarakat Mesir, mereka menyalakan fanous untuk menyambut kedatangan Khalifah Moezz Eddin Allah ke Kaherah pada tahun 969. Tradisi tu bagaimanapun diteruskan dan menjadi sebahagian sambutan semasa bulan Ramadhan.

2.   Tradisi Tembak Meriam, Arab Saudi

Di Arab Saudi, mereka menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan melepaskan beberapa das tembakan meriam. Meriam ini ditempatkan di beberapa buah kota utama kat sana. Tembakan meriam akan dilakukan semasa masuk waktu berbuka puasa. Meriam yang digunakan juga tidak berbahaya kerana diaorang cuma menembak peluru kosong.

3.   Festival Garangao, Qatar

Tradisi Garangao adalah tradisi yang berasal dari Qatar. Tradisi ini bertujuan untuk memberi semangat pada kanak-kanak yang sedang menjalankan ibadah puasa. Dalam festival ini kanak-kanak akan diarak dan bernyanyi di sepanjang jalan. Mereka juga akan dipakaikan dengan baju yang cantik-cantik dan akan mengelilingi rumah-rumah penduduk kat sana untuk meminta makanan ringan seperti gula-gula dan coklat. Tradisi ini biasanya dilakukan pada Ramadhan ke-13, 14, dan 15 selepas waktu berbuka puasa.

4.   Tradisi Padusan, Indonesia

Tradisi Padusan biasanya dilakukan oleh masyarakat tanah Jawa sehari sebelum Ramadhan menjelang. Padusan berasal dari kata dasar ‘adus’ yang bermaksud mandi. Padusan adalah tradisi membersihkan dosa dengan cara membasuh diri di sebuah mata air. Dengan melakukan tradisi ini masyarakat bermaksud mensucikan jiwa dan raga untuk menyambut bulan istimewa.

Baca artikel ini: 7 Kebaikan Kulit Ayam Yang Ramai Tak Tahu Baik Untuk Kesihatan

5.   Picnic Iftar, India

Semasa Ramadhan, masyarakat di India akan melakukan tradisi yang disebut Picnic Iftar. Semua warga akan berkumpul di depan masjid untuk berbuka puasa bersama-sama. Amalan ini dilakukan bersama-sama tidak kira muslim mahupun bukan. Selembar kain panjang akan dibentangkan dan di atasnya dihidangkan berbagai makanan dan lauk pauk untuk dimakan saat berbuka. Amalan ini akan dilakukan di masjid yang berbeza-beza di dalam sesuatu tempat sepanjang bulan Ramadhan.

6.   Gerga’aan, Kuwait

Di Kuwait ada tradisi unik yang disebut dengan Gerga’aan. Tradisi ini dilakukan setelah berbuka puasa. Semasa tiga hari pertama semasa bulan puasa, kanak-kanak akan jalan beramai-ramai dan mengetuk pintu rumah jiran-jiran mereka. Mereka akan menyanyikan lagu tradisional dan selepas itu penghuni rumah akan memberikan ‘upah’ seperti gula-gula dan coklat. Dalam bahasa Kuwait, Gerga’aan bermaksud ‘bulan penuh berkah’. Tradisi ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan tradisi Garangao yang diamalkan di Qatar.

Memang menarik kan? Menurut korang tradisi mana yang paling unik sekali? Setiap negara memang ada tradisi masing-masing yang diamalkan sejak turun-temurun lagi.

Baca artikel ini: 5 Idea Masakan Berasaskan Petai

Raja Lepak

Read Previous

7 Kaedah Untuk Kekal Aktif Semasa Berpuasa

Read Next

Hutan Awan Mossy Forest Tersangat Cantik & Memukau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *