Selain sebagai bulan yang dilimpahi rahmat dan kita digalakkan untuk membuat kebaikan, ada juga antara kita yang menjadikan bulan Ramadhan untuk memulakan gaya hidup sihat. Antara yang kita selalu dengar sudah semestinya ‘nak berhenti merokok’ dan ‘nak kurus’.
Tidak dapat dinafikan, pengambilan makanan dan seharian tanpa rokok selama sebulan mungkin boleh dijadikan pemangkin seseorang untuk berhenti merokok secara total dan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Jika anda salah seorang yang bercita-cita atau mempunyai misi untuk kurus sebelum raya, boleh ikuti 10 tips diet yang sememangnya banyak membantu anda untuk kurus.
1. Jangan Ponteng Sahur
Selain sebagai perbuatan yang sangat dituntut kerana ianya sunnah, sahur adalah penting kerana ia akan bertindak sebagai pembekal tenaga untuk kita meneruskan aktiviti harian sehinggalah waktu berbuka nanti.
Kalau tak bersahur sebenarnya sangat tidak elok dan mampu memudaratkan kesihatan seseorang lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang ada sakti gastrik. Mahu tghari korang dah kena attack dgn gastrik.
2. Makan Sekitar 400 – 600 kalori
Langkah kedua ini korang memang perlu disiplin yang agak tinggi kerana kita perlu mengira pengambilan kalori itu sendiri.
Cara paling mudah adalah dengan merujuk kepada label makanan di internet. selain daripada itu, korang juga boleh gunakan aplikasi yang ada. Sebagai contoh, myfitnesspal.
3. Segenggam Karbo
Karbohidrat adalah sumber tenaga utama dalam badan, jadi adalah elok kalau ambil segenggam karbo dalam pemakanan semasa sahur. Antara makanan tergolong dalam golongan karbo adalah kentang, pasta gandum, roti gandum, oatmeal dan lain-lain.
4. Makan Kompleks Karbo Ketika Berpuasa
Kebiasaannya, kompleks karbo adalah makanan yang lambat dicernakan. Oleh itu, ia lebih lama berada dalam perut dan lambat digunakan oleh badan yang amat sesuai untuk dimakan ketika berpuasa.
Antara yang disyorkan adalah soya, kekacang, dan juga buah.
5. Protein Yang Bersih
Tak banyak yang dihuraikan oleh Hamka untuk poin ini, tapi protein bersih ini adalah protein yang betul mengenyangkan dan pada masa yang sama rendah kalori. Bak kata kaki-kaki diet-eat clean.
Contohnya: dada ayam tanpa kulit yang ianya memberikan 26 gram protein dengan 128 kalori.
6. Elak Garam
Garam akan mempercepatkan dehidrasi, kita akan cepat berasa haus. Sebagai ganti, Hamka syorkan kita memakan makanan yang mengandungi kalium seperti ubi, sos tomato, kacang panjang ataupun tuna.
7. Elak Kafein
Minuman berkafein seperti kopi dan sebenarnya mempercepatkan dehidrasi kerana sifatnya yang diuretik iaitu faktor yang menyebabkan kita membuang air kecil dengan banyak. Jadi, kalau tak nak badan kehilangan air dengan cepat, elakkan kafein semasa sahur.
8. Elak Minuman Bergas
Selain kopi, minuman bergas juga adalah mengandungi kafein. Selain itu, gas yang ada dalam minuman tersebut berkemungkinan besar boleh menyebabkan perut masuk angin dan terasa kosong.
9. Jangan minum air terlalu banyak
Bukan tak boleh cuma lagi banyak air diminum, lagi banyak dan cepat ia dibuang. Pengambilan yang bersesuaian ataupun ideal adalah antara 2 hingga 3 gelas.
10. Elak Suhu Melampau
Suhu yang terlampau panas, atau terlampau sejuk boleh membuatkan sistem penghadaman kita mengalami kejutan.
Korang mesti perasan kalau kita mandi terlalu lama seperti mandi pantai atau kolam renang kita akan lapar walaupun baru sahaja makan. Ini disebabkan perut kita mengalami kejutan dan terpaksa bekerja keras untuk memproses makanan.
Jadi, jom mulakan di bulan Ramadhan ini, bukan sahaja kita dapat menurunkan berat badan malah kesihatan korang juga akan lebih baik dengan mengikuti tips ini.
Artikel berkaitan:
10 Port Makan ‘Bukan Kaleng-Kaleng’ Di Kuantan
Risau Batu Lesung Tumpul! Anda Wajib Cuba Tips Ini