Abang Bob tak dapat nafikan memang ada beberapa buah bandar utama kat dunia ni semakin hari semakin tenggelam. Kedengaran memang agak menakutkan. Semuanya berpunca akibat perubahan iklim dan peningkatan paras air laut.
Bandar yang terjejas kebanyakkannya bandar yang terletak dekat pinggir pantai rendah. So untuk artikel kali ni, Abang Bob akan senaraikan 10 bandar yang dijangka bakal tenggelam suatu hari nanti.
1. Jakarta, Indonesia
Jakarta ditenggelami air sehingga 6.7 inci setiap tahun kerana proses mengepam air bawah tanah secara berlebihan. Banyak daerah di kota itu berkemungkinan boleh tenggelam sepenuhnya pada tahun 2050. Kerajaan Indonesia baru-baru ini bersetuju untuk merancangkan pemindahan ibu kota Jakarta ke suatu lokasi lain. Antara yang disebut adalah di kepulauan Kalimantan. Kat Jakarta sekarang mempunyai jumlah penduduk seramai 10 juta orang. Imigrasi tersebut boleh mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun dan akan memakan kos sebanyak AS$33bilion (RM144.95 bilion).
2. Houston, Texas, USA
Beberapa bahagian di Houston kian tenggelam pada kadar 2 inci setiap tahun berikutan proses mengepam air bawah tanah secara berlebihan. Lebih banyak kawasan Houston tenggelam, lebih tinggi risiko kota itu terdedah dengan peningkatan bencana alam yang berlaku. Contohnya seperti Hurricane Harvey yang telah memusnahkan hampir 135,000 buah rumah dan sekitar 30,000 orang yang dipindahkan.
3. Dhaka, Bangladesh
Bangladesh kini berhadapan dengan beberapa risiko besar peningkatan paras air laut, menurut The New York Times. Paras air laut mampu membanjiri 17 peratus tanah di Bangladesh dan memberi risiko terhadap 18 juta orang penduduk di Dhaka pada tahun 2050.
4. Venice, Itali
Venice semakin tenggelam pada kadar 0.08 inci setiap tahun. Itali telah pun mula membina penghalang banjir berupa 78 pagar sepanjang tiga cawangan pada tahun 2003. Ia dikenali sebagai Mose. Penghalang tersebut sepatutnya siap pada tahun 2011, tetapi seakannya tidak akan siap sepenuhnya sehingga tahun 2022. Semasa ribut melanda di Venice pada tahun 2018, projek bernilai AS$6.5 bilion (RM28.55 bilion) itu masih lagi belum siap. Banjir yang melanda itu dikatakan paling teruk berlaku di kota itu dalam masa satu dekad.
Baca artikel ini: 7 Perkara Menarik Tentang Aiskrim
5. Virginia Beach, Virginia, USA
Virginia Beach dilaporkan adalah salah satu pantai yang mempunyai kadar peningkatan paras air laut paling cepat di dunia. National Oceanic dan Atmospheric Administration menganggarkan Virginia Beach boleh mengalami lebih 12 kaki peningkatan paras laut pada tahun 2100.
6. Bangkok, Thailand
Bangkok kian tenggelam pada kadar lebih daripada 1 sentimeter setiap tahun dan boleh berada di bawah paras laut pada tahun 2030 menurut The Guardian. Bagi mengekang masalah banjir terutama ketika musim hujan, satu firma binaan telah membina sebuah taman 11 ekar yang mana mampu menampung sehingga 1 juta gelen air hujan yang dipanggil Chulalongkorn University Centenary Park.
7. New Orleans, Louisiana, USA
Sebahagian kawasan New Orleans semakin tenggelam pada kadar 2 inci setiap tahun dan berisiko untuk berada di bawah paras air pada tahun 2100. Beberapa daerah di New Orleans juga berada 15 kaki di bawah paras laut dan lokasinya yang berada di atas sebuah sungai delta meningkatkan lagi masalahnya yang terdedah pada peningkatan paras air laut dan banjir.
8. Rotterdam, Netherlands
Menurut The New York Times, 90 peratus bandar Rotterdam berada di bawah paras laut. Bila paras air laut meningkat, risiko untuk banjir juga menaik. Seperti Bangkok Chulalongkorn University Centenary Park, orang Belanda telah pun membina ‘water parks’ sebesar dua kali ganda sebagai takungan air untuk peningkatan paras air. Projek itu yang dipanggil Room for the River.
9. Alexandria, Mesir
Pantai-pantai Alexandria telah pun lenyap kerana peningkatan paras air laut yang meningkat terus menerus. Laut Mediterranean boleh meningkat setinggi dua kaki pada tahun 2100, menurut NPR.
10. Miami, Florida, USA
Penulis Jeff Goodell mengandaikan Miami tidak akan wujud pada akhir abad ini. Paras air laut di Miami kian meningkat pada kadar yang jauh lebih laju daripada kawasan lain. Sekali gus menjadi punca bencana banjir, punca bekalan minuman air terjejas dan kerosakan besar kepada rumah dan jalan. Bandar ini mungkin tidak lama lagi perlu menaikkan strukturnya untuk tinggal di atas air.
Seramkan? Abang Bob sendiri tak dapat bayangkan bagaimana bandar-bandar besar itu akan tenggelam suatu hari nanti. Bagaimana pula dengan Malaysia?
Baca artikel ini: Sleeping Beauty: Mumia Paling Sempurna Di Dunia