Amacam korang semua yang bekerja dari rumah tu? Ok tak? Ke ada yang dah mereput? Hahahah! Korang ingat bekerja dari rumah ni senang ke? Bekerja dari rumah ni mencabar tau lagi-lagi kalau yang dah berkeluarga tu. Macam sebuah video yang tular baru-baru ni, geli hati Abang Bob tengok tragedi yang berlaku antara seorang wanita dengan suaminya kat rumah.
Korang bayangkan laa wei, semasa si sister sedang bermesyuarat secara online kat rumah, tiba-tiba berlaku satu kejadian yang amat memalukan.
Dalam video yang viral tu, si suami tiba-tiba muncul kat belakang isterinya dengan hanya memakai seluar dalam semasa wanita itu sedang bermesyuarat dekat ruang tamu rumah mereka.
Aduhh! Lelaki tu dengan bersahaja muncul kat belakang isterinya untuk bertanyakan sesuatu.
Isterinya yang terkejut melihat kehadiran suaminya tak sempat menghalangnya dan cepat-cepat menyuruh suaminya segera beredar dengan menggunakan isyarat tangan.
Tapi dah terlambat guys. Dengan jelas suaminya turut berada dalam ‘mesyuarat’ isterinya dengan keadaan tidak memakai seluar. Korang boleh tengok video kat bawah ni:
Baca artikel ini: Macam-Macam Ragam Bila Suami Ambil Alih Beli Barang Dapur. Sabar Jer Laaa
Dah tak pakai seluar tu satu hal, keadaan menjadi bertambah huru-hara apabila si suami yang panik untuk beredar telah terlanggar pintu dengan kuat dan terjatuh! Hahahah!
Kejadian itu menyebabkan isterinya terhenti daripada bermesyuarat dan hanya tunduk sambil menggelengkan kepala kerana berasa sangat malu.
Video yang berdurasi selama 17 saat itu telah mendapat tontonan sehingga 2 juta! Dan mengundang pelbagai reaksi netizen yang geli hati melihat adegan pasangan suami isteri tu.
Abang Bob tak boleh bayangkan kejadian tu berlaku kat diri sendiri. Mana nak letak muka woii! Satu dunia tengok Abang Bob hanya berseluar dalam.
So korang yang terpaksa bekerja dari rumah tu, korang kenalah tahu apa antara langkah-langkah yang korang kena buat supaya kejadian seperti itu tidak berlaku.
Antaranya beritahu orang yang ada kat rumah bahawa korang ada melakukan mesyuarat secara online. Cari tempat yang bersesuaian seperti di dalam bilik dan kunci pintu!
Kalau ada anak-anak kecil, tarik perhatian mereka seketika dengan membiarkan anak-anak menonton rancangan kegemaran seperti kartun. Beringatlah sebelum kena. Heheheh.
Baca artikel ini: Biar benar! Lelaki Guna Tuala Wanita Ganti Topeng Muka Lindungi Diri Dari Covid-19