Abang Bob sangat-sangat salute dengan semangat seorang bekas jururawat bernama Biby Maideen ni. Beliau sanggup kembali semula bertugas sebagai sukarelawan untuk membantu kerajaan dalam menangani wabak COVID-19 kat negara ini.
Memang nampak kesungguhan dan keikhlasan Biby ni apabila sedia menyahut seruan kerajaan yang meminta pesara doktor dan jururawat untuk kembali bekerja bagi membantu menambah kakitangan sedia ada kat hospital.
Tak semua orang yer yang mungkin sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri berdepan dengan ancaman maut oleh COVID-19 ni.
Tapi bak kata Biby, kalau duduk sahaja di rumah pun dia tetap akan mati bila tiba masanya. Kalau korang nak tahu, Biby ni merupakan bekas ketua jururawat yang kini berusia 68 tahun.
Baca artikel ini: Uniknya Cara Orang Turki Bantu Golongan Daif Ketika Musim Covid-19
Perjalanan karier Biby sebagai jururawat bukan calang-calang yer. Biby telah mendapat Pendidikan sebagai jururawat di United Kingdom dan telah berkhidmat sebagai jururawat sejak tahun 1974 lagi.
Bila dah dapat diploma dalam bidang kejururawatan, Biby telah bekerja di UK selama tiga tahun sebelum balik ke Malaysia dan menyertai institusi kesihatan swasta selama empat tahun.
Selama 15 tahun, Biby telah berkhidmat sebagai jururawat di perkidmatan kesihatan awam dan komuniti sebelum menyertai sektor swasta. Bukan itu sahaja, Biby juga ada kemahiran khusus melibatkan kemalangan dan juga kecemasan. Memang hebat!
Tak cukup lagi tu guys. Masa dia berumur 52 tahun, dia telah kembali semula ke UK dan bekerja kat sana selama 14 tahun! Kebanyakannya sebagai jururawat di rumah penjagaan orang tua.
Dia bekerja kat UK sampai bersara tiga tahun lalu. Itu pun sebab anak-anaknya meminta untuk dia berehat.
Biby bagitahu, sepanjang kat UK, dia banyak belajar dan dapat pengalaman tentang pengurusan penyakit berjangkit dan penjagaan paliatif. Kat UK pun ada virus-virus tertentu seperti Norovirus dan winter virus, iaitu virus yang hanya ada pada musim sejuk.
Abang Bob rasa bangga sangat bila ada rakyat kita sanggup berkorban demi negara tercinta. Abang Bob harap supaya Biby dan juga para petugas kesihatan yang lain sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Baca artikel ini: Kuarantin 40 Hari?! Sanggup Ke? China Beransur Bebas Dari COVID-19