Hello… whatsupp guys. It’s me Budak Kaca Mata. Hari ini adalah hari ketiga #Malaysialockdown ataupun Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh Kerajaan. Pembaca I apa khabar hari ini. Hope you guys sihat-sihat sejahtera.
Hari ketiga macamana guys. Dang baru sahaja balik dari pasaraya dengan family I. Yang hari tu kelam kabut sangat beli pembelian panik sebenarnya perkara ini jangan dilakukan. Hari ini I pergi pasaraya barang keperluan mencukupi macam hari-hari biasa guys.
Dang Sari hari ini dia tak ikut sebab dia lockdown dekat rumah dengan suami dan anak-anak. Mula-mula dia nak join but dia kata anak-anak dengan husband ajak datang rumah parents esok. So, cancel dia nak join kami
So, guys hari ini I nak share sikit dengan korang tentang kepentingan lockdown dan “social distancing”. Istilah ini mula disebut-sebut selepas Covid-19 diisytiharkan sebagai sebuah virus pandemik yang kini terbukti kan betapa luasnya skop penyebaran virus itu sekarang.
Namun, you guys chill! Jangan panik! Sebab kerajaan kita juga telah menggariskan langkah-langkah yang perlu kita lakukan bagi mengelakkan jangkitan berlaku lebih cepat dalam kalangan masyarakat. Antaranya, kaedah social distancing ni guys
I harap you guys jangan berpandangan tindakan social distancing ini lebih kepada tindakan seseorang individu itu sendiri kurang berkesan namun sebenarnya you guys sejak kaedah ini digunakan, you guys sememangnya akan kagum dengan hasilnya.
Ini buktinya, sedang kita Malaysia dan dunia Eropah mencatatkan peningkatan ketara terhadap virus ini, China secara rasminya dah umum mereka berjaya melawan wabak itu malah katil-katil hospital yang menjadi pusat rawatan Covid-19 sudah mula dikosongkan.
Bermakna guys, kita sememangnya mempunyai harapan untuk melawan virus ini daripada terus menular. Buat masa ini, terdapat dua kaedah utama yang digunakan oleh negara-negara yang mencatatkan jumlah tinggi iaitu mereka guna cara “social distancing” dan “lockout”.
Apabila kita mengamalkan “social distancing” dengan ketat, for sure kita dapat melambatkan penyebaran jangkitan kepada orang sekeliling. Aktiviti “social distancing” ini memerlukan perubahan dalam corak you guys bekerja dan cara berinteraksi dengan public.
Tapi di Malaysia ini kita sering terdengar dan memang ramai dah pakai ayat ni yang menggesa kerajaan mengisytiharkan “lockdown” di seluruh Malaysia namun sebenarnya ramai dah salah sangka tidak tahu akan maksud dan reality yang perlu dihadapi apabila berlaku “lockdown”. Contoh negara yang dah lockdown of course China.
Lockdown ini kalau terjadi guys, lagi teruk kita semua kena tau sebenarnya kerana apabila “lockdown” berlaku, kerajaan berhak menghalang orang ramai untuk masuk atau meninggalkan sesuatu bangunan disebabkan kecemasan.
Bila dah lockdown ni, masak guys! Restoran, pejabat sekolah, sempadan negara, pasar raya dan sebagainya terpaksa ditutup malah pengangkutan awam pun akan diberhentikan. Bagi korang bekerja di rumah, okaylah namun buat bekerja di luar, this is one big problem will happen to you guys.
Bagi mereka bekerja kerajaan time “lockdown’ okaylah sebab gaji mereka dijamin oleh kerajaan tapi bagi mereka yang bekerja swasta dan mendapat gaji harian, korang mesti mahu elakkan “lockdown” ini daripada berlaku.
Bagi pekerja swasta, majikan you guys boleh mengarahkan pekerja mereka untuk cuti tanpa gaji ataupun bergaji separuh bergantung kepada budi bicara boss you guys. Arahan sebegini buat setakat ini telah banyak dikeluarkan oleh syarikat penerbangan yang ketika ini memang terjejas teruk.
Jika perkara ini berlaku, adakah kita ini guys mampu untuk terus hidup tanpa simpanan wang yang mencukupi daripada bank. Sebab itu, Malaysia tak ambil langkah ini, kalau terjadi pun, maybe tunggu kes di Malaysia teruk seperti Itali.
So guys, buat masa sekarang ini, jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan masing-masing mempratikkan “social distancing” semampu yang boleh. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab. Kalau boleh rehat sahaja di rumah jangan ambil peluang ini pula untuk bercuti dan balik kampung. Kalau tak, taktik “social distancing” ini tak menjadilah guys.
Artikel berkaitan
Tak perlu ‘Salam Keruk’, Majlis Kahwin ‘Drive Thru’ Trending Sempena Covid-19
Buah ranum tepi jalan, bolehkah kita makan sesuka hati?