Semalam Raja Lepak dah kongsi dengan korang tentang dua ekor binatang yang kena tangkap polis sebab lakukan jenayah, lepas beberapa eksplorasi maya, min ada jumpa lagi banyak pulak kisah pelik binatang yang kena tahan polis. Makanya hari ini Min nak sambung cerita kita semalam tentang haiwan yang ditahan polis kerana melakukan jenayah malah ada yang dipenjarakan. So jom baca satu persatu.
Monyet Gangster
Pada tahun 2014, seekor monyet menjadi bualan hangat di kota Patiala, di utara Punjab di India.
Sayangnya, monyet ini menjadi terkenal bukan kerana kecerdasan atau tingkah lakunya yang lucu, tetapi kerana monyet telah melakukan keganasan di bandar berkenaan dengan tindakan liarnya.
Monyet ini dikatakan sering mencuri makanan dari rumah, membuli kaum lelaki dengan merenggut baju mereka, mengancam kanak-kanak dengan cuba membaling mereka dengan batu bata.
Kelakuan monyet yang seperti samseng itu sudah cukup untuk membuat penduduk merasa sangat terganggu dan akhirnya memutuskan untuk menangkap monyet liar ini.
Sayangnya masalah itu tidak berakhir, lebih teruk rantau Punjab itu malah, dipenuhi dengan monyet liar dari jenis Rhesus (Macaca mulatta), monyet itu kemudiannya mula muncul dan meniru tingkah laku monyet samseng sebelumnya dan mula menyerang penduduk.
Kerana kejadian ini, polis juga menubuhkan penjara khas untuk monyet liar yang menyerang penduduk.
Penjara berkenaan terletak di sebuah kebun. Penjara monyet tersebut juga merupakan tempat pemulihan untuk melatih monyet sehingga mereka boleh kembali ke alam liar.
Pada tahun 2004 kira-kira 14 monyet ditangkap kerana menyerang penduduk.
Keldai Yang Mengamuk
Pada tahun 2008, polis di negeri Chiapas, selatan Mexico terpaksa menangkap seekor keldai selepas haiwan yang biasanya jinak itu menyerang seorang lelaki di dadanya.
Tidak jelas apa yang menyebabkan keldai bernama Blacky menyerang orang awam. Tetapi pihak polis yang pada mulanya terkejut untuk berurusan dengan Blacky, akhirnya memutuskan untuk menahannya ke dalam lokap bagi bersama tahanan mabuk.
Menurut pegawai Sinar Gomez, mereka akan menangkap sesiapa sahaja yang membuat kekecohan walaupun ia adalah seekor keldai.
Blaky sendiri terpaksa dipenjarakan selama tiga bulan selepas polis enggan membebaskannya melainkan pemilik membayar denda dan perbelanjaan perubatan kepada mangsa.
Pemilik Blacky, Mauro Gutierrez akhirnya terpaksa membayar denda dan perbelanjaan perubatan mangsa, untuk membawa rumah Blacky.
Kucing Agen Rahsia
Kucing yang dalam diam merupakan Agen Rahsia, mungkin kita hanya dapat lihat melalui filem sahaja.
Tetapi kenyataannya tidak seperti itu, kerana haiwan kesayangan yang terkenal ini juga boleh memainkan peranan sebagai Agen Rahsia dalam kehidupan sebenar.
Kes yang pelik ini berlaku di Brazil pada tahun 2013 apabila kucing ditangkap ketika hendak menyeludup barang ke dalam penjara.
Kucing ini ditangkap di penjara Arapiraca apabila dia cuba memasuki penjara dengan bungkusan yang terikat pada tubuhnya. Pakej ini sendiri mengandungi beberapa item, termasuk beberapa gergaji dan bor, fon telinga, kad memori, bateri, dan pengecas telefon.
Selepas siasatan lanjut, ternyata kucing ini sering dijadikan agen rahsia oleh seorang banduan yang ingin melarikan diri untuk berkomunikasi dengan keluarganya di luar penjara.
Menurut seorang pegawai penjara “Luiz de Oliveira Souza”, kucing itu sering dilihat di penjara kerana dia pada asalnya dibesarkan oleh seorang tahanan yang bernombor 263.
Tetapi siapa yang akan memikirkan jika banduan akhirnya menggunakan kucing itu untuk membantu pelan melarikan diri dari penjara.
Kucing itu sendiri akhirnya diserahkan kepada pusat perlindungan haiwan selepas ditahan oleh polis selama beberapa hari.
Haa.. korang dahsyat tak kisah yang berlaku kat haiwan-haiwan ni. Jadi kalau haiwan pun kena patuh undang-undang, manusia apatah lagi kan. Jadinya kalau haiwan pun kena tahan sebab jenayah, kalau manusia lakukan jenayah jadi samalah tarafnya dengan ………… fikir-fikirkanlah.