Kejap Food Drive-thru Selera Orang Malaysia!

Drive-thru yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia, boleh order menu selera orang kita. Baru lah kena dengan tekak! Harga pun bawah RM12 untuk satu set menu. Berbaloi sangat! 

Menu makanan dia bukan calang-calang ya setiap hari. Sesedapnya semua! Nasi Beriani Ayam (Isnin), Nasi Dalca Ayam Kurma (Selasa), Nasi Tomato Ayam Masak Merah (Rabu), Nasi Hujan Panas Ayam Rendang (Khamis) & Nasi Kunyit Ayam Berempah (Jumaat). Korang boleh jugak dapat beberapa menu nasi goreng setiap hari.  

Jom kita unboxing! 

So, I order…

Nasi Goreng Satay Ayam Goreng 

Secara jujurnya, first time I makan satay ayam goreng ni SEDAP GILER! I rasa I patut order satay ni banyak-banyak! & rasa nasi goreng dia macam HOMEMADE mak-mak buat tiap pagi! Sangat tak mengecewakan! 

Keropok Lekor & Karipap 

Okay tu bukan sos kopok lekor ya, tu sambal kacang untuk makan dengan satay. Sebab dia pack sos tu dengan kopok lekor, so I ingat sos kopok lekor. Bila dah makan baru sedar. But thats okay! 

Ni karipap yang I cari-cari, yang inti dia penuh & ada telur! Puas hati sangat bila makan! Worth it! 

Ice Lemon Tea 

Ada 1 menu yang I tak dapat beli, AISKRIM ROTI! Next time, I kena dapatkan jugak sebab menu antara yang famous setiap hari! 

Korang boleh drive-thru dari pukul 7 pagi sampai 10 malam. Kejap Food ni ada kat Caltex Setiawangsa. Kalau nak delivery pun boleh, just check out kat sini. Kalau dah try, jangan lupa share dengan Sis Eqa okay! 

Raja Lepak

Read Previous

Mural Kitar Semula, Nostalgik & Unik!

Read Next

Cuma RM2 Setiap Menu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *