Cawan Pinggan, Cafe Moden Citarasa Orang Malaysia!

Masa PKPB ni Sis Eqa work from home. Tapi sesekali kena keluar jumpa team kat office untuk meeting. Ktorang decide meeting sambil makan kat Cafe Cawan Pinggan ni. Cafe ni sangat selesa & tenang je. Yang penting makanan MAVELES giler! 

Alang – alang ktorang semua suka makanan kat sini, Sis Eqa nak tunjuk sikit menu yang ktorang makan! 

Roti Bakar Kaya

Yang special nya menu ni, roti tu dibuat sendiri homemade resepi rahsia dari founder sendiri. Bukan beli kat kedai ya! Sangat lembut walaupun roti dah sejuk. 

Pasta Lemak Daging Salai 

Menu ni sangat urban ya! Daging ni disalai 14 – 15 jam atas kayu wangi! Rasa smoke yang di-blend dengan kuah masak lemak tu yang mahal! Rasa dia unik sangat! Bila dah makan confirme addicted punya! 

Nasi Lemak Ayam 

Okay kalau korang jenis takleh kalau takde nasi, boleh order nasi lemak ni! Ada sambal special & ayam goreng rangup. Yang portion makanan kat sini semua banyak ya! Memang kenyang teruk! 

Grilled Chicken Chop 

Ini antara menu kegemaran kitorang kat sini. Sos gravy & mash potatoes dia fuhhhhh MANTAP! Semua homemade ya bukan instant. Chef yang buat pun bukan calang-calang, dah kerja kat Qatar bertahun-tahun. Memang EXPERT bab western ni! 

Cendawan Goreng

Menu ni nampak macam biasa tapi rasa dia sangat luar biasa ya! Tak cukup satu pinggan, confirm korang akan order lagi atau tapau bawak balik punya! Rasa tepung dia rangup & sedap giler! 

Avocado Chocolate 

Ni signature air kat sini kalau orang datang, mesti akan order air ni. Pekat & chocolate dia pun rasa mahal ya bukan guna bahan murah. Semua guna fresh fruit bukan pati buah ya! 

Yellow Crushed 

Cuba teka ni air apa? Masa belum minum still tak boleh nak teka air apa, bila dah minum baru tahu air jagung! Perfect combination, bila ada whip cream & kacang tabur halus tu! 

Dora The Explorer

Okay air ni kitorang takleh nak teka air apa. Sama ada air strawberry atau sirap ke? Rupa-rupanya air ribena! Brilliant sangat kombinasi ribena dengan whip cream ni. Rasa lemak-lemak gituuuu! I loike! 

Iced Coffee Latte

Rasa macam kak starbuck pulak hihi. Korang boleh request nak manis ke tak, nak one shot ke double shot okay! Memang ngam! 

Sangat berbaloi dengan bahan, kualiti makanan, portion & servis kedai ni memang tip top! Owner pun peramah sangat! 

Kalau mak pak yang work from home pastu anak pun tak pergi sekolah tu, bila ada meeting bawak je anak korang datang sini. Suruh diaorang duduk kat kids area ni confirm smooth je meeting korang nanti. Takde gangguan hihi

Kalau korang dah excited nak pergi? Copy je alamat ni paste dalam waze tu. confirm sampai Cawan Pinggan Cafe ni! 

Raja Lepak

Read Previous

Berkhemah Level Kayangan, Moden Sangat!

Read Next

Cuti Sekolah Anak-anak Lepak Kat Rumah Je Dengan Mr Toy!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *