Nak Makan Koonyet Ke Nak ‘Mengunyit’ Ni?

Ada tak antara korang yang nak lepak kat port boek tapi nak makan MASAKAN MAK macam kat rumah? Sis Eqa nak share port makan best ni! I still tak boleh move on lagi dengan rasa Set Koonyet Helok dia! PERGH meleleh air liur bila teringat balik. SEDAP GILER tak terkata! 

So apa Koonyet Helok tu? Jom kita! Kat sini semua self-service, sebelum makan order dulu! Kalau korang pernah makan kat The H Hartamas mesti korang tahu! 

So ni lah Set Koonyet Helok: Nasi, Ayam Goreng Kunyit, Sambal, Telur Mata & Sup. Ramai orang beratur sebab nak makan menu simple ni je! 

Actly ada beberapa jenis set lagi tapi Set Koonyet Helok ni BEST SELLER kat sini! Memang helok sangat, abang-abang sado kat sini pun helokkkkkk sangat! Hihi 

I makan Set Santai! Actly makan set ni je pun dah layannnnn giler! Memang sedap, macam makan kat rumah. Nasi kicap dengan ayam goreng kunyit. Kalau takde selera makan, datang sini! Sebab menu kat sini memang menu PEMBUKA SELERA! Memang berselera Sis Eqa makan! Terus tak bercakap! 

Kedai Koonyet ni baru je bukak bulan 8, 2020 yang lepas tapi penangan koonyet-koonyet kat sini sampai tak menang tangan abang-abang sado nak layannnnn! Memang ramai setiap hari, harap bersabar kalau kena beratur panjang! 

Paling best Sis Eqa suka, bahan-bahan yang digunakan semua fresh-fresh! 

Ayam diperap fresh setiap hari! Goreng on-the-spot untuk serve kat korang panas-panas! 

Sambal pun homemade-fresh setiap hari! BUKAN SAMBAL INSTANT ya! 

Sup kosong POWER ni pun akan dihidangkan panas-panas untuk korang! 

Sunny Egg ni pun helokkkk jugak! Sayang nak makan! Hihi

Walaupun beratur panjang, korang jangan risau sebab abang-abang sado kat sini memang cekap dan pantas! 

Sis Eqa memang jujur bab-bab makan ni! Kalau ceq cakap sedap, baik ampa pergi Koonyet ni! Memang berbaloi! Portion banyak woi mengah nak habiskan! Rasanya portion ni boleh makan lunch sampai dinner, BANYAK BERBALOI! 

Nasi dah licin pun, ayam still banyak lagi! Memang TAK KEDEKUT AYAM! 

Kalau korang tak tahu nak lepak mana dengan member yang ‘MESTI NAK CARI NASI’, Koonyet is the best choice! Bersih dan kemas je kedai dia. Worth every penny and SEDAP GILER! 

Admin

Read Previous

Hotel Berhantu Tengah KL, Seram Weh!

Read Next

Kena Keluar Siapkan Kerja Tapi Malas? Guna Hungry App ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 5 =